Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, June 8, 2011

Panas!!! Kuota Perumahan Bumiputera Bakal Dihapuskan Di Selangor.



Selepas Melayu di Pulau Pinang diusir secara kejam dari tanah dan kediaman masing-masing serta premis perniagaan mereka dirobohkan parti komunis DAP, tidak lama lagi tiba pula giliran Melayu di Selangor untuk menerima bala yang sama.

Cuma di Selangor, kaedah yang digunakan oleh Pakatan Haprak yang juga dikuasai oleh DAP untuk menganiaya Melayu lebih halus dan terancang. 

Kerajaan Negeri Selangor difahamkan akan meluluskan cadangan menghapuskan kuota istimewa Melayu dan Bumiputera lain dalam pemilikan hartanah di negeri ini dalam masa terdekat. 

Sebelum ini, Horas! pernah menulis mengenai isu penghapusan kuota istimewa ini. Baca disini.

Permohonan untuk menghapuskan kuota istimewa berkenaan dibuat oleh pemaju hartanah di Selangor yang rata-ratanya dimonopoli oleh kaum Cina. 

Selepas cadangan penghapusan kuota istimewa berkenaan diluluskan kelak, pemaju tidak perlu lagi memberi tempoh selama tiga bulan sebagai ruang untuk pembeli-pembeli Melayu membeli hartanah yang mereka majukan.

Maksudnya, pemaju mempunyai kuasa mutlak serta berhak untuk menjual dan menghabiskan kesemua unit hartanah yang mereka bangunkan tanpa perlu menunggu pembeli-pembeli Melayu datang untuk membeli unit-unit yang sepatutnya diperuntukkan untuk bumiputera.

Kesannya, penghijrahan Melayu kekawasan yang dimajukan di bandar-bandar baru akan terhad kerana peluang mereka untuk memiliki hartanah dikawasan tersebut akan direbut oleh kaum-kaum bukan bumiputera, khasnya kaum Cina yang memiliki kuasa beli yang lebih tinggi.

Pada Melayu-Melayu yang berkemampuan pula, tidak mustahil hartanah yang bakal mereka beli disediakan ditempat tidak strategik yang mana ianya boleh menyebabkan mereka mengalami kerugian jika mahu menjualnya semula.

Jika sebelum ini DAP  berusaha merosakkan moral umat Islam dengan membenarkan arak dijual berleluasa selain membiarkan rumah-rumah urut serta pusat hiburan tumbuh merata-rata, kini mereka berusaha pula untuk menghalang Melayu daripada berhijrah kebandar-bandar besar melalui penghapusan kuota hartanah bumiputera.

Mereka berani menganiaya Melayu di Selangor kerana tahu walau apa pun yang mereka lakukan PKR dan PAS akan tetap setia dan akan terus memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.

PAS dan PKR pula, asalkan mendapat sedikit kuasa politik di Selangor...mereka sanggup menutup mata dan membiarkan Melayu terus dianiaya.