Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, June 8, 2011

Misteri Nusantara : Penampakan Jelmaan Hantu Menakutkan Yang Berjaya Dirakam.



Hantu kebiasannya dikaitkan dengan roh-roh orang yang tidak tenteram oleh sebab-sebab tertentu selepas kematian. Roh-roh yang tidak tenteram ini kemudiannya dipercayai bergentayangan dimuka bumi sehingga ada yang dapat melihatnya dengan mata kasar atau pun melalui alat rakaman.

Kebiasannya, ia muncul dengan keadaan dan rupa yang amat menakutkan sehingga ada yang terkencing didalam seluar dan lintang pukang lari apabila terserempak dengan hantu yang menjelma.

Dari sudut pandangan islam mengenai kewujudan makhluk halus yang dikatakan hantu itu, rakan-rakan pembaca sekalian boleh membaca penjelasan pengasas Darussyifa' disini.

Baiklah, mari kita balik ketajuk asal posting ini....

Rakaman yang ingin Horas! tunjukkan ini telah berjaya dirakamkan sekitar awal tahun ini oleh seorang hamba Allah yang tahu dimana tempat makhluk menakutkan itu akan menjelma. 

Rakaman ini bukan rekayasa atau mengunakan apa-apa teknologi canggih. Hanya menggunakan video rakaman biasa.

Rakan-rakan sekalian nilailah sendiri dari spesis hantu yang mana makhluk yang berjaya dirakam ini.  Hantu rayakah? Hantu jembalangkah? Gundorowokah? 

Yang pasti ini bukan pontianak, langsuyar atau pun hantu kopek yang dikatakan amat suka menyorokkan budak-budak kecil dibawah buah dadanya yang lanjut melabuh.

Atau  inikah yang dikatakan iblis dan syaitan dari kalangan manusia yang kerjanya suka menyesatkan dan melihat umat Islam berpecah belah?






Celaka punya hantu! Mari ramai-ramai ludah hantu ini...khakkkkkk ptuihhhhhhh !!!