Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, June 29, 2011

Panas!!! PAS Semakin Mesra Dengan Arak.



Setiap hari PAS semakin banyak menelan kahak hijau sendiri. Apa yang pernah diludah dan dikahakkan kepada UMNO suatu masa dulu kini, juak-juak PAS jilat semula tanpa rasa malu.

Dulu PAS tidak dapat menerima bila kerajaan terpaksa mengeluarkan lesen mengilang, mengedar dan menjual arak. Macam-macam mereka fitnah UMNO walaupun sudah berpuluh kali dijelaskan bahawa ianya terpaksa dilakukan bagi memenuhi keperluan dan hak orang-orang bukan Islam dinegara ini.

Tapi kini nampaknya PAS sendiri yang beriya-iya mahu arak dijual dengan meluas. Malah kerajaan negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS juga nampaknya semakin komited untuk menambah dan mengeluarkan lagi  lesen menjual arak di negeri berkenaan.
Kerajaan Pas Kelantan Kaji Tambah Lesen Arak - Takiyuddin

KOTA BHARU 29 Jun - Kerajaan Pas Kelantan sedia mengkaji cadangan masyarakat Cina di negeri ini yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri ini, kata anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan. 
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri berkata, kajian itu bergantung kepada kewajaran dan keperluan lesen itu dikeluarkan terutama di bandar Kota Bharu. Selanjutnya boleh dibaca disini.
Inilah hasilnya semenjak PAS semakin akrab dan bersaudara dengan DAP. Kalau dulu beriya-iya menentang penjualan arak di negara ini, sekarang keadaan sudah jadi terbalik. PAS kini nampaknya mahu menjadi juara dalam hal-hal yang berkaitan arak.

Sebenarnya tanda-tanda PAS semakin mesra dengan arak memang sudah lama kita nampak. Dulu di Selangor, PAS langsung tidak membantah bila DAP  mahu arak dijual dikawasan majoriti Islam. 

Malah lebih teruk dari itu, Khalid Samad (MP PAS Shah Alam) pernah 'menziarah' sebuah kilang arak di Selangor dan menawarkan kepada kilang berkenaan sebuah tapak baru yang lebih luas.

Kalau luas tapak yang diberi, maka semakin besar jugalah bangunan kilang yang bakal didirikan. Bila kilangnya dah besar sudah tentu pulak lah pengeluarannya makin banyak. Bukan begitu?

Apa nak jadi dengan PAS? Sudah semakin jauh terpesong nampaknya.