Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, June 29, 2011

Negara Berkebajikan: PAS Sebenarnya Ketinggalan Bas.



PAS bukan main bangga lagi bila menggugurkan perjuangan untuk mewujudkan negara Islam kepada negera berkebajikan. Entah macam mana bentuk negara kebajikan yang akan diperjuangkan oleh PAS tiada siapa yang tahu. Semuanya samar-samar dan kabur.

PAS sebenarnya sekadar pandai meniru apa yang sudah dipraktikkan oleh UMNO sejak sekian lama. Yang kelakarnya, banyak agenda perjuangan yang mereka cipta, tapi kemudian...mereka sendiri yang juga membakul sampahkannya.

Tengoklah macam mana perjuangan untuk melaksanakan hudud yang sebelum ini begitu hebat puak-puak PAS jerit dang lolongkan...akhirnya dengan selamba mereka humbankan kedalam mangkuk jamban. Alasannya mudah, hudud bukan keutamaan dalam Islam.

Kalau mahu disebut kebajikan yang telah dibuat dan diberikan UMNO kepada rakyat negara ini, sampai habis gugur rambut 'style' sikat belah tepi Mat Sabu 121 dan luruh semua gigi Mahfuz Bean pun takkan habis. Gambar diatas adalah salah satu buktinya.

Caj rawatan jabatan kecemasan dihospital negara ini dikenakan seringgit sahaja. Apa sangatlah barang yang boleh dibeli dengan nilai seringgit? Anak-anak kita sendiri akan berkerut dahi kalau diberi belanja seringgit sahaja untuk kesekolah. 

Elok juak-juak PAS dan juak-juak PKR...parti yang tak berguna sesen tu pakat periksa samada Indonesia, Thailand, Filipina dan lain-lain negara buat perkara yang sama macam yang Malaysia buat, cuma kenakan caj seringgit sahaja untuk rakyat dapatkan rawatan dijabatan kecemasan hospital-hospital.