Tiada parti politik didalam dunia ini yang lebih beruntung daripada PKR dan DAP. Bertuah sungguh Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal dan Lim Guan Eng kerana memiliki pencacai setia yang sanggup melakukan apa sahaja kehendak mereka.
Suruh kedepan...PAS kedepan, suruh kebelakang...PAS kebelakang, suruh mengamuk...PAS mengamuk. Sampaikan kalau disuruh bergolek-golek ditengah jalan pun, tak bertangguh terus PAS buat.
Pendek kata, apa sahaja yang DAP dan PKR suruh...PAS sanggup buat tanpa banyak soal.
Semalam, sekali lagi PAS membuktikan mereka bukan sembarangan pencacai dengan memperbaharui ikrar taat setia mereka pada DAP dan PKR. Presiden PAS dalam ucapannya dengan tegas berkata bahawa partinya akan tetap bersama Pakatan Haprak membuat perubahan menggantikan Umno/BN walaupun berbeza dalam perkara halal dan haram.
Dan untuk mewajarkan tindakan tersebut, alasan menentang kemungkaran, kezaliman dan penyelewengan seperti rasuah dan sebagainya digunakan. Suka hati PASlah nak gunakan alasan apa sekalipun.
Tapi sebelum tu kena ingat, rakyat bukan boleh dikelentong sesedap rasa seperti mana ahli PAS yang jumud boleh dikelentong.
Rakyat tahu sebab serta punca arak sampai boleh dijual dikawasan majoriti umat Islam dan rumah urut membiak subur di Selangor. Rakyat tahu pihak mana yang bersungguh-sungguh mengusir Melayu dan cuba menggula-gulakan warga emas dengan duit judi di Pulau Pinang.
Rakyat juga tahu pihak mana yang kuat merembat serta menyalahgunakan harta kerajaan negeri yang ditadbir. Itu baru sedikit contoh dan kalau mahu disebut semuanya...tiga hari tiga malam pun belum tentu habis.
Kepada PAS, teruskanlah usaha untuk menjadi pencacai terbaik pada DAP dan PKR. Gunakanlah alasan apa sekalipun kerana tiada siapa yang kisah sebenarnya. Tapi janganlah sampai diludah-ludah dan dikahakkan muka sendiri...malu weh!