Bekas ketua pemuda PAS Perak, Nor Azli Musa, kalau berceramah macam dirasuk syaitan. Ceramahnya sangat dahsyat dan menjadi tidak sempurna kalau tiada hamburan kata-kata kesat. Maki hamun dan carut marut bagaikan zikir dan wirid dimulutnya.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pernah digelarnya haramsani. Kemudian digelarnya pula sebagai syaitan yang bercakap. Tak cukup dengan itu dituduh pula gaji yang diterima Mufti Perak itu datangnya dari sumber pelacuran.
Nor Azli ini adalah bukti bahawa PAS masih dipenuhi oleh ahli-ahli yang fanatik dan melampau walaupun Hadi Awang cuba menafikannya dengan mengatakan yang fanatik dan melampau sudah keluar dari PAS. Baca disini.
Kalau begitu, orang lain pun boleh menuduh Nik Aziz menerima gaji dari wang pelacuran. Tambahan pula tidak jauh dari pejabat menteri besar Kelantan itu ada pusat pelacuran yang aktif beroperasi. Malah orang lain juga boleh tuduh Nik Aziz melindungi pusat pelacuran itu, kerana jaraknya yang hanya 'sejengkal' dari pejabat beliau.
Di Selangor sendiri ada beribu-ribu rumah urut yang beroperasi semenjak Pakatan Haprak berkuasa. Jadi kalau mengikut kata bekas KP PAS Perak yang amat bangang ini....bolehlah dituduh duit gaji dan elaun Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali datangnya dari sumber rumah urut.
Di Pulau Pinang pula apa yang tak ada. Segala macam maksiat dan kemungkaran ada di sana. Hinggakan pada satu tahap, kerajaan negeri pernah cuba menggula-gulakan warga emas dengan wang hasil judi. Namun wang itu dikembalikan semula setelah penerimanya tahu dari sumber mana ianya diperolehi.
Adakah boleh dituduh wang gaji yang diterima Mufti Pulau Pinang datangnya dari sumber judi kerana kerajaan negeri berkenaan bergelumang dengan wang haram? Kalau mengikut 'fatwa' Nor Azli...boleh sahaja dituduh sedemikian.
Lain kali, sebelum berceramah tu...eloklah Nor Azli tengok-tengok dulu keadaan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Haprak. Jangan diludah muka sendiri. Dan yang paling penting, bawa-bawalah cermin diri sendiri tu dulu. Jangan main ceramah saja, sudahnya yang nampak bodoh bertingkat-tingkat lagi bangang adalah diri sendiri.
Bekas KP PAS Perak ini dulu asalnya tiada apa-apa. Tinggal pun dirumah yang biasa-biasa sahaja. Namun ketika Pakatan Haprak dapat menguasai Perak selama sebelas bulan, keadaan hidupnya serta merta berubah. Bayangkan, dalam tempoh yang singkat...dari rumah yang biasa-biasa saja, beliau kemudiannya mampu berpindah kerumah yang harganya dianggarkan setengah juta ringgit.
Tidak mustahil rumah mewah yang kini menjadi tempat tinggalnya itu adalah pemberian daripada DAP Perak yang menjadi tuannya. Diberi sebagai hadiah kerana dia begitu agresif menyerang dan memaki hamun UMNO dalam setiap ceramahnya.
Ada pihak yang mendakwa Nor Azli adalah antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi jutawan secara magik dalam tempoh sebelas bulan Pakatan Haprak berkuasa di Perak. Perkara itu sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.
Kedua, dia marah serta malu kerana ada pihak yang mendedahkan status jutawan segera yang dimilikinya itu dan membuat laporan kepada SPRM.
Dan yang paling penting, sebenarnya dia mahu dan amat berharap DAP kembali berkuasa di Perak agar dia berpeluang untuk mengumpul kekayaan lagi. Itulah sebabnya dia macam orang hilang akal menyerang dan memaki hamun UMNO dan Mufti Perak.
p/s: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan perangai bekas KP PAS Perak berkenaan meyerupai perangai orang yang fasik. Orang fasik ini kalau cakap semuanya bohong dan sukar untuk dipercayai.
p/s: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan perangai bekas KP PAS Perak berkenaan meyerupai perangai orang yang fasik. Orang fasik ini kalau cakap semuanya bohong dan sukar untuk dipercayai.