Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, May 31, 2011

Ahli Majlis Punya Angkara, MPKj Terpaksa Bayar Jutaan Ringgit Kepada Kontraktor



Semenjak Pakatan Haprak berkuasa di Selangor, juak-juak mereka yang ada kuasa sentiasa mengambil kesempatan untuk merembat dan membalun apa sahaja yang ada didepan mata mereka. Dari kepala sampai keekor, sama sahaja perangai semuanya. 

Kalau ada kuasa besar, besarlah jumlah yang dibalunnya. Kalau yang kuasanya kecil, kecillah jumlah yang dibelasahnya. Tapi jangan lupa, jumlah yang kecil akan menjadi besar kalau dibelasah dengan istiqamah dan berulang-ulang.

Majlis Perbandaram Kajang (MPKj) pun tak terlepas daripada dibalun secukup-cukupnya oleh ahli majlis yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor. Menurut sumber Horas!, MPKj ketika ini terpaksa menyediakan jutaan ringgit akibat sikap ahli-ahli majlis yang sewenang-wenangnya menberikan kontrak kepada kontraktor yang menjadi kroni masing-masing.

Kalau ada laporan mengenai kerosakan kemudahan awam atau sebagainya yang memerlukan kerja-kerja membaik pulih, tak sempat juruteknik MPKj datang melihat keadannya...ahli majlis dah terpacak sampai dulu membawa kontraktor mereka sendiri. Kontraktor akan diminta melakukan kerja-kerja pembaikan. Harga sudah pasti dihentam sesedap rasa.

Kata sumber Horas! lagi, kebanyakan kerja-kerja yang dijalankan atas arahan ahli-ahli majlis terlibat dilaksanakan tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya. Malah hingga kesatu tahap, kerja-kerja berkenaan langsung tidak difailkan.

Dalam keadaan ini, kalau apa yang sumber Horas! katakan itu benar-benar berlaku, yang jadi mangsa adalah rakyat yang membayar cukai. Mereka tidak dapat menikmati semula cukai yang mereka bayar dalam bentuk kemudahan awam, perkhidmatan dan sebagainya kerana duit mereka terpaksa digunakan oleh MPKj untuk membayar semua tuntutan bayaran yang dibuat oleh kontraktor. 

Yang senang hati dan sihat wal afiat adalah ahli-ahli majlis dan kontraktor-kontraktor yang menjadi kroni mereka. Cukup masa duit pun masuk...masuk...dan terus masuk.

Lagi satu, ahli-ahli majlis MPKj cukup minat dengan gajet yang canggih-canggih. Dah ada laptop dengan blackberry, minta pulak ipad. Bila keluar ipad2...pun minta jugak. Pendek kata mereka mahu disediakan dengan gajet yang canggih manggih. Bayangkan berapa banyak pula MPKj terpaksa sediakan peruntukan kewangan untuk menyediakan semua benda tu.

Kalau begini caranya, MPKj pasti akan melingkup suatu hari nanti. Hasil yang masuk dan dapat dikutip tak seberapa, yang keluar pula bukan kecil-kecil anak jumlahnya.

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang ditubuhkan kononnya untuk membuktikan ketelusan dan mengelak sebarang penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Haprak tak ubah macam 'punai' mati pucuk yang tak mampu melakukan apa-apa.

Selepas ni Selcat bolehlah dihumbankan kedalam longkang.