Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, May 19, 2011

Mak Lampir Kantoi Lagi, Terpaksa Cuci Tahi Azmin Ali.



Zuraida Kamaruddin dengan muka tebal terpaksa mencuci tahi Azmin. Puncanya apabila dalam satu mesyuarat tertutup di Petaling Jaya baru-baru ini, Ketua Wanita PKR yang tak berapa cerdik ini dikatakan telah memaksa setiap ahli majlis dari Parti Keadilan menyumbang RM20,000 kepada parti. bagi program jelajah negeri Selangor. 

Mesyuarat tertutup tersebut dikatakan dihadiri oleh hampir 100 orang ahli majlis PKR dari seluruh Selangor.

Arahan meminta sumbangan sebanyak RM20,000 dipercayai datangnya dari Azmin Ali sendiri. Bagi mendapatkan jumlah RM20,000 tersebut, ahli-ahli majlis terlibat disarankan untuk memeras diantara RM2000 hingga RM3000 daripada setiap pengusaha hotel bajet dan besi buruk didalam kawasan masing-masing.

Perkara tersebut turut dilaporkan oleh akhbar online pro PR freemalaysiatoday.

Zuraida sendiri apabila dah kantoi, cepat-cepat menafikan bahawa PKR ada meminta ahli-ahli majlisnya membuat sumbangan berkenaan. Kata wanita bermulut buntut ayam itu, mesyuarat yang dia dan YB Hee Loy Sian (MP Petaling Jaya Selatan) hadiri adalah mesyuarat pembentangan KPI dan laporan dari setiap ahli majlis. Sumber disini.

Mudah betul cara Parti Kencing Rakyat mencari wang untuk dijadikan dana politik. Arahkan sahaja ahli majlis 'pau' sana sini. Lepas tu, bila dah kantoi pakat tak mengaku dan bagi jawapan konar baring tahap cecah kepala lutut.

Pengusaha hotel bajet dan besi buruk sudah pasti tidak ada masalah untuk menghulurkan wang seperti yang diminta. Setakat RM2-3 ribu ringgit apa ada hal. Tapi kena ingat, mereka tak akan memberi secara percuma. Pasti akan ada balasan yang diminta. Balasan yang boleh memberi keuntungan pada perniagaan yang mereka jalankan, terutamanya dari segi kelonggaran syarat peraturan dan undang-undang.

Pengusaha-pengusaha hotel bajet pasti meminta ahli majlis yang mentadbir didalam kawasan mereka beroperasi menutup sebelah mata kalau ada apa-apa aktiviti menyalahi undang-undang atau maksiat beroperasi di hotel mereka. Faham-faham sajalah, maksiat jenis apa yang selalu berlaku dihotel-hotel bajet ni.

Pengusaha-pengusaha besi buruk pun pasti akan meminta ahli majlis yang sudah menerima wang daripada mereka menutup sebelah mata kalau tapak tempat mereka beroperasi tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Terutamanya dari segi kebersihan dan keselamatan tempat mereka menyimpan segala macam besi-besi buruk dan bahan buangan yang lain.

Kalau timbul sebarang masalah, yang menjadi mangsa sudah pastilah rakyat yang tinggal dikawasan sekitar. Mengadulah macam nak rak kepada PBT tapi sudah pasti tiada sebarang tindakan yang akan diambil. Macam mana PBT nak ambil tindakan kalau ahli majlis yang berkuasa dikawasan terlibat sudah menerima wang ?

Pada Zuraida mulut buntut ayam, takkan setakat nak 'pau' pengusaha-pengusaha hotel bajet dan besi buruk saja. Pengusaha-pengusaha rumah urut, spa dan pusat hiburan haram yang berlambak di Selangor ni tak nak 'pau' sekali ke? Dah tentu bertimbun-timbun wang yang Parti Kencing Rakyat akan dapat. Masyukkkkkk...!!!