Hanya beberapa jam selepas menyatakan menolak untuk bertanding jawatan nombor dua Dewan Pemuda PAS, anak lelaki kesayangan Nik Aziz ini secara drastik mengubah fikirannya. Sekarang dengan tak semena-mena dia mahu pulak merebut jawatan nombor dua tersebut.
Beliau akan mencabar Azman Shapawi (penyandang), Firdaus Jaafar (Pengarah Pilihanraya) dan Suhaizan Kaiat (Ketua Penerangan).
Kita semua boleh agak mengapa Nik Abduh tiba-tiba bernafsu untuk bertanding diperingkat yang lebih tinggi. Ianya mungkin ada kaitan dengan tindakan bapanya yang dengan tanpa sembunyi-sembunyi telah memberi sokongan kepada calon-calon Naib Presiden dari Kelantan, Husam Musa dan dan Mohd Amar Nik Abdullah.
Mungkin pada fikiran beliau, jika ayahnya boleh memberi sokongan secara terbuka dan tidak berbelah bagi kepada Husam dan Mohd Amar atas alasan keduanya dari Kelantan, maka kepada anak sendiri sudah tentu akan lebih melantun-lantun lagi sokongan Nik Aziz.
Sahlah bahawa cakap puak-puak PAS ini memang tak boleh dipercayai. Cakap mereka berubah-ubah dan tidak boleh dipegang. Pagi cakap lain, petang pulak cakap lain. Semuanya bergantung pada kepentingan perut sendiri.
Nik Aziz sendiri pun sudah menunjukkan belangnya. Kalau sebelum ini dia menuduh dan mengutuk kononnya UMNO itu mengamalkan sifat assobiyah, dia sendiri lebih teruk lagi...mengutamakan orang Kelantan sahaja.
Selain Nik Abduh, Tuan Ibrahim yang juga anak saudara beliau adalah diantara kroni Nik Aziz yang bertanding dalam pemilihan pusat PAS kali ini.
Jadi kepada puak-puak PAS, lepas ini tak payahlah nak tuding jari menuduh pihak lain mengamalkan kronisme. Ada baiknya jari tu ditudingkan kemuka sendiri dulu. Lepas tu jangan lupa...tuding pula kemuka Anwar dan Karpal.