Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, May 28, 2011

Konspirasi UMNO Punca Ibupejabat PKR Dilelong?



UMNO dipercayai telah berkonspirasi dengan pemilik bangunan yang dijadikan ibupejabat PKR. Hal ini dapat dihidu oleh perisik-perisik PKR. Menurut sumber, UMNO telah mengarahkan pemilik bangunan agar tidak membayar ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada pihak bank. Biarkan bank mengambil tindakan melelong premis tersebut.

Sebagai balasan atas kerjasama yang diberikan oleh pihak yang memiliki bangunan tersebut, UMNO akan membeli bangunan yang telah dilelong oleh bank sebelum diserahkan kembali kepada pemilik asalnya beserta dengan wang saguhati.

Kah..kah..kah..kah! tergeliat urat perut Horas! ketawa apabila terbaca teori bodoh lagi bangang juak Parti Kencing Rakyat diruang-ruang sembang dan forum maya yang pro pada PR. Pada mereka, apa saja kejadian mengaibkan yang menimpa Parti Kencing Rakyat atau pemimpinnya adalah kerana konspirasi UMNO.

Kononnya bukan setakat Anwar sahaja yang dianiaya, bangunan yang jadi pejabat parti Anwar pun UMNO tak senang tengok. Pendek kata apa sahaja yang ada kena mengena dengan Parti Kencing Rakyat akan dilanyak habis-habisan oleh UMNO.

Tak terfikirkah juak-juak Parti Kencing Rakyat bahawa segala musibah yang menimpa mereka adalah hasil solat hajat meminta Allah menunjukkan kebenaran yang dilakukan oleh ribuan rakan-rakan pakatan mereka dari PAS? Bila Allah dah tunjuk segala-galanya mengapa pulak UMNO yang disalahkan?

Pada pencacai Parti Kencing Rakyat, cukup-cukuplah menunjukkan kebodohan tu. Jangan diambil alih apa yang dah menjadi hak sang udang selama ni. Biarlah udang sahaja yang  kekal memiliki tahi dikepala.