Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, May 18, 2011

Wanita Didalam Pejabat MB Kedah Tak Perlu Tutup Aurat?

Puak-puak PAS kalau bercakap pasal hukum-hakam Islam bukan main berdegar-degar lagi. Kononnya merekalah yang terbaik dan yang paling patuh dan menuruti segala-galanya tentang halal dan haram dalam Islam. Orang lain semua tak betul. Yang betul hanya puak-puak mereka sahaja.

Kalau yang menyentuh tentang hukum mendedahkan aurat lagi lagilah puak-puak lebai hijau peka dan menggila. Bukan sedikit wanita yang menjadi mangsa caci hina dan maki hamun mereka kalau dalam bab-bab aurat ini.

Tapi itu semua sebenarnya hanyalah lakonan mereka sahaja. Mereka nak menunjukkan pada rakyat kononnya mereka takkan bertolak ansur dan sentiasa bertegas dalam hal-hal yang berkaitan hukum dan undang-undang Islam.

Hakikatnya, hukum dan undang-undang Islam mereka jadikan modal hanya untuk meraih undi dan seterusnya kuasa politik. Sebenarnya mereka langsung tidak kisah kalau kaum wanita tidak menutup aurat. Tak percaya? Cuba tonton video dibawah dan rakan-rakan pembaca sekelian akan tahu betapa hipokrit dan cakap tak serupa bikinnya PAS.

Video dibawah dirakam ketika Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Kedah, Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkunjung kepejabat Menteri Besar Kedah, DS Ustaz Azizan Razak sebagai wakil untuk menyerahkan rayuan pengekalan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM).

Lihat diminit 7.40, menutup auratkah wanita yang bertugas didalam pejabat Menteri Besar Kedah? Kalau tak jelas, boleh lihat lagi diminit 8.11 dan 8.32.