Padan muka Lim Guan Eng, dua hari berturut-turut dia dimalukan oleh rakan pakatannya sendiri. Ini semua gara-gara tindakan penakut dan bodoh-bodoh alangnya yang mencadangkan kepada PAS dan PKR agar tidak membubarkan DUN masing-masing jika PRU13 diadakan tahun ini.
Kalau kelmarin dia dimalukan oleh wali maksum pengampun dosa dari PAS, hari ini tiba pula gilirin budak hingusan yang perasan dirinya pakar strategi dari PKR memalukannya. Kata Rafizi, berdasarkan senario politik semasa, Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN kini lebih bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke13, berbanding Mac 2008.
Mengapa kali ini PAS dan PKR nampak benar-benar tidak senada dengan DAP sedangkan sebelum ini mereka sentiasa akur dengan apa-apa jua kenyataan dan kata-kata biawak puaka tersebut?
Tidak lain dan tidak bukan kerana cadangan DAP agar DUN yang dikuasai Pakatan Haprak tidak dibubarkan sekiranya berlaku pilihanraya benar-benar memalukan PAS dan PKR. Habis hancur musnah hasil usaha mereka menipu rakyat dan memfitnah UMNO serta BN selama ini.
Bayangkan, setelah bertahun-tahun lamanya Hadi Awang, Anwar Ibrahim serta konco masing-masing berceramah keseluruh ceruk rantau negara menipu rakyat kononnya Pakatan Haprak semakin kuat, semakin diterima, semakin berjaya dan bermacam-macam semakin yang hebat-hebat belaka, tiba-tiba si biawak puaka tampil mengambarkan Pakatan Haprak seolah-olah takut untuk menghadapi pilihanraya.
Mana boleh jadi...malu beb!
Jadi kali ini, walaupun dalam keadaan lutut yang berketar dan hati yang berdebar, PAS dan PKR buat kali pertama dalam sejarah penyatuan haram mereka dengan DAP, terpaksa menyanggah apa yang dikatakan oleh tuan besar mereka itu. Padan muka!