Alhamdulillah, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus didalam tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia, Al-Taqwa di Batu 14, Sungai Semungkis, Hulu Langat telah selesai. Kesemua mangsa yang tertimbus telah ditemui.
Walaupun kesemua mangsa sudah dikeluarkan, operasi mencari dan menyelamat tetap diteruskan oleh pihak polis dan bomba pada pukul 8 pagi ini bagi memastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap
Enam belas orang mangsa disahkan telah terkorban akibat tregedi tersebut manakala sembilan orang lagi cedera dan berjaya diselamatkan. Enam daripada sembilan mangsa yang cedera kini ditempatkan di wad biasa Hospital Ampang. Dua lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban. Mudah-mudahan Allah SWT mencucuri roh mereka dengan rahmat dan kasih sayangNya. Pada yang cedera, kita doakan mereka agar cepat sembuh.
Kepada keluarga mangsa yang terkorban, mudah-mudahan anda semua tetap tabah dan sabar menghadapi dugaan yang amat berat itu.
Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban. Mudah-mudahan Allah SWT mencucuri roh mereka dengan rahmat dan kasih sayangNya. Pada yang cedera, kita doakan mereka agar cepat sembuh.
Kepada keluarga mangsa yang terkorban, mudah-mudahan anda semua tetap tabah dan sabar menghadapi dugaan yang amat berat itu.
InsyaAllah, hari ini jenazah tujuh orang daripada mangsa yang terkorban dalam kejadian yang menyayat hati itu akan disembahyangkan di Masjid Sultan Hishamuddin Pekan Batu 14 sebelum dikebumikan ditanah perkuburan Islam Dusun Nanding. ADUN Dusun Tua, YB Ismail Sani ketika ini sedang menguruskan proses yang berkaitan dengan urusan berkenaan.
Terima kasih diucapkan pada kesemua anggota bomba, polis, tentera, pasukan perubatan, RELA, agensi-agensi kerajaan dan orang awam yang terlibat dari mula hingga akhir proses mencari dan menyelamat dijalankan.
Terima kasih diucapkan kepada jentera daripada UMNO Bahagian Hulu Langat yang diketuai sendiri oleh YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz serta Ketua Pemuda Bahagian, Saudara Azhar Hambali bersama pemuda-pemuda yang tidak kenal erti penat lelah...yang telah berkampung dan menyumbang tenaga dilokasi kejadian dari awal hingga akhir.
Terima kasih kepada sayap Puteri dan Wanita UMNO Bahagian yang dari awal lagi bertungkus lumus menguruskan keperluan mangsa yang terselamat.
Terima kasih juga kepada Datuk Noh Omar yang mengetuai Perhubungan UMNO Negeri, Wanita, Pemuda dan Puteri Negeri Selangor serta Putera UMNO yang dipimpin oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut sama turun memerah keringat dan tenaga menghulur bantuan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pemilik Lembah Azwen Resort yang telah menyediakan penginapan sementara yang begitu selesa dan keperluan lain yang berkaitan kepada mangsa-mangsa yang terlamat.
Jasa dan budi baik anda semua hanya Allah SWT yang akan membalasnya.
Oh ya! tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada Exco Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail dan YB Halimah Ali yang telah berusaha datang kelokasi kejadian dan kemudiannya cuba menunjukkan taring dengan meminta sukarelawan dan petugas UMNO beredar daripada kawasan dimana mangsa-mangsa yang terselamat ditempatkan.
Melihat gelagat lucu dan entah apa-apa anda berdua sedikit sebanyak menghiburkan hati sukarelawan dan petugas UMNO yang sedang kepenatan.