Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, May 22, 2011

DYMM Sultan Selangor Lawat Lokasi Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat



Pagi tadi, Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli melawat tapak kejadian tanah runtuh yang telah mengorbankan enam belas nyawa di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Sungai Semungkis, Hulu Langat. Baginda tiba kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab telah memberikan taklimat penuh kepada Tuanku Sultan mengenai kejadian menyayat hati yang telah menggemparkan negara itu.

Turut mengiringi baginda ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi, Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Hassan Mohamed Ali, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, YB Datuk Johan Abdul Aziz, ADUN Dusun Tua, YB Ismail Sani serta beberapa orang pemimpin dan pegawai kanan kerajaan Negeri Selangor.

Tuanku Sultan turut menzahirkan rasa sedih dan terharu baginda diatas kejadian berkenaan dan berharap agar keluarga mangsa bersabar dalam menghadapi ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Baginda meluangkan masa lebih sejam dilokasi kejadian sebelum berangkat ke hospital untuk menziarahi mangsa-mangsa yang masih dirawat.