Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Monday, May 30, 2011

MCA, Tolonglah Sedar Diri.



Pada PRU12 yang lalu, BN hilang kuasa di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur. Mujur negeri Perak dapat ditawan semula apabila dua orang ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP bertindak keluar dari parti masing-masing dan menjadi wakil rakyat bebas yang mesra BN.

Kecuali di Kedah dan Pulau Pinang, kekalahan BN di Selangor, Kuala Lumpur dan sekejap di Perak adalah disebabkan penolakan kaum Cina kepada MCA. Mereka beralih arah dan bertindak memberikan sokongan kepada DAP. Akibatnya, MCA kalah hampir disemua kerusi yang ditandingi oleh calon-calonnya.

Walaupun MCA kalah teruk, namun atas ikhsan dan semangat setiakawan dalam BN yang telah sekian lama dijalin, UMNO tetap bermurah hati memberikan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dibeberapa kementerian tertentu kepada pemimpin MCA. UMNO mahu MCA kembali berusaha menarik sokongan kaum Cina.

Itu cerita lama dan kita pun tidak mahu untuk mengungkit-ungkitnya lagi. Namun melihat perangai sesetengah pemimpin MCA yang masih tidak sedar diuntung membuatkan kita merasa rimas. Sudahlah sokongan kaum Cina masih gagal ditarik lepas itu banyak pula permintaan bukan-bukan yang mereka buat pada kerajaan. Boleh dikatakan, setiap masa ada sahaja permintaan-permintaan yang menekan kerajaan dibuat oleh MCA.

Ketika ini MCA sedang memperbesar-besarkan isu berkaitan biasiswa. Kalau tidak lama dulu ketua pemudanya dengan sengaja menuduh pegawai-pegawai JPA menyalahguna kuasa berkaitan urusan pemberian biasiswa, hari ini presidennya pula buat hal. Kata Chua Soi Lek,  semua pelajar yang cemerlang layak untuk menerima kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tersebut.

Bila pula kerajaan mengatakan akan memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang cemerlang? Nampaknya Chua Soi Lek dan Wee Ka Siong sengaja buat-buat tak faham tentang hal ini walaupun telah banyak kali diberi penjelasan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz. Baca disini

Kedua-dua pemimpin MCA tersebut bukannya berusaha keras dengan cuba menarik kembali sokongan kaum Cina kepada BN, sebaliknya mereka cipta pula isu yang boleh menjauhkan lagi kaum mereka daripada BN. 

Apa sebenarnya niat MCA? Adakah mereka mahu semua pelajar Cina yang cemerlang diberikan biasiswa? Apakah MCA fikir selama ini semua pelajar cemerlang Melayu mendapat biasiswa daripada kerajaan?

Kepada kerajaan BN yang diterajui UMNO, janganlah diturutkan apa sahaja kemahuan MCA. kerana sudah terlampau banyak kemahuan mereka yang diturutkan. Betis sudah pun diberi tapi nampaknya kini mereka mahu paha pula. Kerja tak dibuat, tapi mintanya pula macam-macam.

MCA kini lebih kurang sama sahaja dengan DAP. Cuma bezanya DAP menyerang dan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan dari luar, tapi MCA pula menghentam kerajaan dari dalam. Tindak tanduk MCA tak ubah macam gunting dalam lipatan.