Khabarnya Bazar Tok Guru atau bakal dikenali sebagai Bazar Gesel-Gesel (klik disini) yang pernah dikritik hebat dan disamakan sebagai sebuah lubang kubur kerana tak senonoh hasil binaannya bakal dibuka untuk dikunjungi orang ramai tidak lama lagi.
Juak-juak PAS ketika ini tengah heboh menggambarkan bahawa bazar tersebut adalah sebagai lambang kemajuan dan kepesatan pembangunan di Kelantan.
Juak-juak PAS juga sedang rancak mereka-reka cerita kononnya UMNO Kelantan amat bimbang selain iri hati dengan kejayaan kerajaan negeri membina bazar tersebut. Kah..kah..kah..kah! Memang lawak puak-puak lalat hijau ni.
Tak apalah, biarkan juak-juak PAS bergembira buat seketika. Kita semua kena faham, PAS dah lebih 20 tahun mentadbir negeri Kelantan. Dan disepanjang tempoh tersebut Nik Aziz dan konco-konconya tidak pernah membawa sebarang kemajuan pun.
Yang puak-puak tu tau hanyalah berceramah memfitnah dan memaki hamun kerajaan 24 jam sehari...7 hari seminggu sampai nak membina sebuah masjid pun tak sempat.
Berbalik semula pada kisah Bazar Gesel-Gesel yang bakal dibuka tersebut, daripada sejumlah 451 ruang niaga yang disediakan, sehingga kini hanya kira-kira 150 sahaja yang telah ditempah oleh peniaga. Manakala 301 ruang niaga lagi masih belum menerima sebarang tempahan.
Tidak mustahil ruang-ruang yang masih lagi tidak ditempah itu akan kekal kosong sampai bila-bila. Khabarnya ramai peniaga yang tidak berminat untuk berniaga disitu kerana harga yang ditawarkan kepada mereka boleh dikatakan tinggi sedangkan keluasan ruang yang disediakan amat terhad sekali.
Terlalu sempit hingga boleh menyesakkan nafas.
Jadi kepada lebai-lebai hijau karat, tak payahlah nak heboh-heboh kata Bazar Tok Guru itu adalah lambang kejayaan kerajaan PAS di Kelantan. Kesimpulan yang boleh diberi, tidak lain dan tidak bukan...bazar tersebut hanyalah lambang kegagalan dan pembaziran regim Nik Aziz dan konco-konconya. Masakan tidak, kos untuk membinanya bukan main tinggi...tapi hasilnya entah apa-apa dan tak senonoh.