Kira-kira jam 2.30 petang tadi kita semua dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku dirumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Al-Taqwa di Batu 14, Sungai Semungkis, Hulu Langat. Kejadian tersebut berlaku disebabkan hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu.
20 orang pelajar dan 4 orang penjaga dipercayai tertimbus dalam kejadian yang menyayat hati tersebut. Setakat ini 3 orang kanak-kanak telah disahkan terkorban. Mangsa terbaru dibawa keluar dari sisa runtuhan pada jam 6.05 minit petang tadi.
Walau bagaimanapun, atas kecekapan pihak pasukan penyelamat, 12 orang mangsa telah berjaya diselamatkan. Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan tersebut telah dibawa ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut.
Menurut laporan rakan Horas! (Sdra Zamri Dato Mohamad) yang masih berada dilokasi kejadian bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat, Sdra Azhar Hambali, kawasan sekitar tempat kejadian sesak teruk pada ketika ini dan hujan juga masih lagi turun. Bagi memudah serta mengelakkan gangguan kepada anggota penyelamat yang sedang bertungkus lumus bertugas, orang ramai dinasihatkan agar tidak masuk ke lokasi kejadian.
Sama-sama kita berdoa agar lebih ramai mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut dapat diselamatkan. Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban. Mudah-mudahan roh mereka dicucuri dengan rahmat Allah AWT.