Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Monday, May 30, 2011

Kasihan PAS, Terus Dibangsatkan Oleh DAP Di Selangor.



Kerajaan Selangor yang bekerjasama dengan i-City akan menganjurkan konsert MTV World Stage di Shah Alam pada 24 Julai akan datang. 

Khabarnya, DAP dan PKR langsung tidak memaklumkan kepada PAS berkenaan perancangan untuk menganjurkan konsert berkenaan. Tahu-tahu keputusan untuk meluluskannya telah pun dibuat oleh kerajaan negeri. 

PAS betul-betul jadi macam cacing kepanasan sekarang. Apa nak jawab kalau umat Islam di Selangor terutamanya yang tinggal di Shah Alam pertikaikan nanti? Sudahlah dulu bukan main lagi mengutuk dan memfitnah kononnya UMNO yang suka menggalakkan maksiat. 

Nak dibantah, takut pula akan disergah dan dimarahi oleh DAP. Bukan sekali dua Ronnie Liu pernah mengamuk sakan bila PAS berani pertikaikan apa yang DAP dan kerajaan negeri mahu buat. Hasan Ali sendiri pun pernah kena sebab isu arak dulu.

Nak harap Khalid Samad menentang dan membantah kerana dia ahli parlimen Shah Alam, kirim salam sajalah...jauh panggang dari api. Nama Allah pun nak dilelongnya demi DAP. Silap-silap kalau disuruh membaca doa di awal konsert itu, melompat dia pergi.

Kasihan PAS Selangor, dari dulu sampai sekarang tak sudah-sudah diperlekeh dan dibangsatkan oleh DAP. 

Bila UMNO ajak bersatu demi kebaikan umat Islam dan bangsa Melayu tak mahu. Kononnya bersatu dengan DAP lagi mulia dan diredhai Allah daripada bersatu dengan UMNO. Sekarang rasakanlah. Jilatlah dua-dua belah tapak kaki DAP tu lagi.