Dianggarkan 300 orang anggota tentera sedang menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat ketika ini. Tiada sebarang jentera berat digunakan berikutan keadaan tanah yang tidak stabil.
3 lagi mayat mangsa yang terkorban didalam kejadian tanah tersebut telah ditemui menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban seramai 12 orang. 10 orang mangsa lagi telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat.
Usaha mencari 2 orang lagi mangsa yang masih belum ditemui sedang giat dijalankan. Mudah-mudahan mereka akan ditemui dalam keadaan selamat.
Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dan Ketua Pemuda Bahagian bersama jentera masing-masing masih berkampung dilokasi kejadian membantu pasukan penyelamat.
Seperti yang dijangka, puak-puak PAS yang hanya datang lewat petang tadi telah membuat kecoh. 2 orang Exco Negeri Selangor, Halimah Ali dan Rodziah Ismail melakukan provokasi dengan cuba mengusir petugas-petugas UMNO dari lokasi tempat mangsa-mangsa yang terselamat ditempatkan.
Begitulah perangai puak Pakatan Haprak. Tidak kira dalam keadaan apa sekalipun...hatta dalam bencana tanah runtuh yang meragut banyak nyawa pelajar di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Al-Taqwa pun mereka masih mahu berpolitik lagi.