Kebiasaannya, dua bulan sebelum kedatangan bulan Ramadan, sebagai tanda meraikan bulan yang penuh berkat itu, kerajaan negara ini yang diterajui oleh UMNO akan mengadakan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan.
Sebulan sebelumnya pula, peserta-peserta peringkat antarabangsa yang datang daripada pelbagai negara pula akan dijemput memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.
Media-media elektronik utama milik kerajaan juga biasanya akan menyiarkan kedua-dua kategori tilawah tersebut secara langsung.
Itulah antara aktiviti-aktiviti dan program yang dilakukan oleh UMNO yang selalu dituduh oleh PAS sebagai kurang Islam, yahudi, munafiq, malah hingga ketahap kafir.
Itu belum dikira dengan program meraikan anak-anak yatim, warga-warga emas, individu dan keluarga-keluarga yang kurang mampu dan sebagainya...tujuh hari tujuh malam pun tak habis nak tulis.
Bantuan kewangan dan sebagainya pun akan turun mencurah-curah.
Bantuan kewangan dan sebagainya pun akan turun mencurah-curah.
Syarikat-syarikat milik kerajaan dan syarikat-syarikat milik bumiputera yang pernah dibantu oleh kerajaan pun akan mengeluarkan zakat yang jumlahnya bukan kecik-kecik anak. Asnaf zakat pun dapatlah menikmatinya.
Cuba kita lihat pula apa yang dilakukan oleh juak-juak Pakatan Haprak dan konco-konconya bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak.
Kerajaan Kelantan dan Kedah yang dikuasai sepenuhnya oleh PAS yang kononnya mengaku lebih Islam dan lebih suci murni daripada UMNO langsung tak buat apa-apa. Nak buat Tilawah Al-Quran peringkat negeri sendiri pun tak lalu.
Dulu kata haram hukumnya wanita memperdengarkan suara pada umum walaupun untuk membaca Al-Quran. Tapi jemput Waheeda menyanyi mendayu-dayu di Kelantan tak haram pulak.
Itulah PAS, yang haram boleh jadi halal...yang halal boleh jadi haram mengikut kepentingan politik mereka (kini halal dan haram dah ikut kepentingan DAP serta PKR sekali).
Itulah PAS, yang haram boleh jadi halal...yang halal boleh jadi haram mengikut kepentingan politik mereka (kini halal dan haram dah ikut kepentingan DAP serta PKR sekali).
Kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP lagilah langsung tak buat apa-apa. Perarakan Maulidur Rasul pun pernah nak dihalangnya, jadi jangan haraplah DAP di Pulau Pinang yang disokong kuat oleh PKR dan PAS mahu melakukan apa-apa aktiviti peringkat negeri bagi merai kedatangan Ramadan tahun ini.
Cuma ada beza sedikit di Selangor. Kerajaan negeri yang dipimpin oleh PKR yang berkongsi kuasa dengan DAP dan PAS bakal mengadakan aktiviti bertaraf dunia bagi menyambut kedatangan Ramadan.
Pada 24 julai akan datang, beberapa hari sebelum umat Islam dinegara ini mula melaksanakan ibadah puasa, kerajaan Selangor akan mengadakan Konsert MTV World Stage di Shah Alam.
Pada 24 julai akan datang, beberapa hari sebelum umat Islam dinegara ini mula melaksanakan ibadah puasa, kerajaan Selangor akan mengadakan Konsert MTV World Stage di Shah Alam.
Artis-artis ternama dari luar negara akan membuat persembahan gilang gemilang yang pasti menghiburkan. Anak-anak muda bolehlah berhibur sambil menari terkinja-kinja bercampur aduk lelaki dan perempuan.
Untuk memberkati konsert itu nanti elok dicadangkan Khalid Samad selaku Ahli Parlimen Shah Alam dan penyokong kuat penggunaan nama Allah oleh gereja dinegara ini diundang membacakan doa.
Kalau Khalid Samad tak sempat mungkin bekas Ketua Pemuda PAS Perak, Nor Azli Musa yang petah memaki hamun itu boleh menggantikannya membaca doa pembukaan untuk konsert itu nanti.
Mudah-mudahan dengan doa Nor Azli yang alim dan warak itu nanti konsert berkenaan akan berjalan dengan lancar.
Mudah-mudahan dengan doa Nor Azli yang alim dan warak itu nanti konsert berkenaan akan berjalan dengan lancar.
Begitulah perangai Pakatan Haprak, terutamanya PAS dan PKR. UMNO mereka tuduh menjahanamkan Islam, anti Islam, munafiq, yahudi, kafir dan bermacam-macam lagi gelaran yang buruk. Hanya mereka yang terbaik, yang memperjuangkan Islam dan yang lebih suci dan murni.
Pembaca sekalian nilailah sendiri pihak mana yang sebenarnya berperangai buruk selain merosak dan menjahanamkan Islam dinegara ini. Harap cakap saja berdegar-degar, tapi hampeh.
Pakatan Haprak memang tak berguna satu sen pun...khaaakkkkkkkk ptuiiiiihhhhhhhh!!!..