Nampaknya tindakan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim cuba mempermain-mainkan hadis Rasulullah SAW ketika berbahas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam benar-benar direstui oleh PAS.
Adun-Adun PAS yang selama ini sering menggambarkan merekalah pejuang Islam sejati langsung tidak membantah tindakan Adun DAP berwajah gampang berkenaan.
Harakahdaily juga langsung tidak menyentuh isu tersebut.
Harakahdaily juga langsung tidak menyentuh isu tersebut.
Bayangkan jika yang melakukannya adalah Adun dari MIC, MCA atau rakan-rakan lain UMNO didalam BN, dan ketika itu DAP belum menjadi sahabat sejati PAS, sudah pasti juak-juak PAS akan menyinsing lengan jubah menghentam UMNO cukup-cukup.
Negara pasti akan hiruk pikuk dengan jeritan mereka membuat bantahan. Segala ayat Al-Quran dan Hadis akan mereka guna dan putar belit untuk membelasah UMNO.
Itulah perangai PAS, apa sahaja yang dilakukan DAP akan mereka terima dengan hati terbuka, asalkan DAP sanggup terus menjadi sahabat dan memberikan sedikit kuasa kepada mereka.
Video dibawah adalah video lama. Tengoklah betapa gembira dan bersoraknya juak-juak PAS bila Nga Kor Ming sewenang-wenangnya menggunakan ayat Al-Quran untuk politik dan memancing sokongan puak-puak PAS. Dan lihatlah juga betapa Nik Aziz dengan pantas membela tindakan Nga Kor Ming itu.
Adakah Nga Kor Ming membaca petikan ayat suci Al-Quran tersebut kerana dia benar-benar percaya dan yakin dengannya atau sekadar menggunakannya untuk kepentingan politik? Horas! yakin, rakan-rakan pembaca mempunyai jawapannya.
"Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan." - Surah Al-Kahfi ayat ke 56.