Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, July 17, 2011

Terkini! Dr Lo' Lo' Telah Meninggal Dunia



Innalillahi wainnalillah hirojiun. DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali. Maklumat terkini yang Horas! terima mengesahkan bahawa YB Dr Lo' Lo' telah meninggal dunia jam 10.13 tadi. 

Siang tadi tersebar khabar angin yang mengatakan beliau telah meninggal dunia namun telah dinafikan oleh pihak-pihak yang rapat dengan Allahyarhamah.

Jenazah sedang diuruskan dan akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Horas! ada menyiarkan tentang penyakit kanser yang dihidapi oleh Allahyarhamah yang semakin kritikal sebelum ini. Baca disini

Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada Alllahyarhamah. Semoga segala dosanya (jika ada) diampunkan dan rohnya dicucurkan dengan rahmat dan kasih sayang oleh Allah SWT.

Diharap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang bukan Islam, janganlah sampai memandai-mandai nak menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah seperti mana yang dilakukan oleh Tian Chua siang tadi. Hormatilah sensitiviti umat Islam.