Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Friday, July 15, 2011

Penyakit Suka Memfitnah Yang Dihidapi PAS Makin Kritikal

Mari kita tengok betapa dahsyatnya fitnah yang dibuat oleh puak-puak lebai hijau yang selama ini mengaku mereka lebih Islam dan lebih beriman daripada orang lain.

Nampaknya mereka benar-benar sudah kehabisan modal untuk menghentam UMNO hingga terpaksa mengada-adakan cerita yang tiada. Yang anehnya, fitnah tersebut disambut dengan sorak sorai dan dianggap benar tanpa dakwa dakwi oleh juak-juak mereka.

Benarlah kata seorang kawan Horas! tahap kebodohan juak-juak PAS adakalanya melebihi tahap kebodohan seekor lembu. 

Mari kita tengok fitnah terkini juak PAS kepada isteri PM, DS Rosmah Mansor berkaitan isu pembelian cincin berharga RM24 juta yang mereka sendiri cipta.

Oleh: keraskekong

 
Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011.
Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung selama 50 tahun yakni dari tahun 1961 lagi. Bermakna beliau telah menabung selama 600 bulan samada simpan dalam tabung buluh atau tabung ayam dan sudah tentu seterusnya dalam bank.
Sekiranya simpan dibank, sudah pasti ada bank statement atau buku akaun simpanan yang mencatitkan transaksi keluar masuk duit tabungan tu. Mengikut Islam, beliau sudah tentu dikehendakki membayar zakat. Selama 600 bulan atau 50 tahun menyimpan bermakna beliau sedari awal tahun 1961 hingga 2011 telah menyimpan sebanyak RM40 ribu sebulan. Bayangkan diawal tahun 1961, nilai wang sebanyak RM40 ribu camne? Adakah RM dari keturunan bangsawan atau anak raja??
Selepas berkahwin dengan suami pertama dulu, adakah suaminya yang pertama tau akan tabiat menyimpannya yang sebanyak RM40 ribu sebulan tu?? Aku kurang pasti ada individu di 1 Malaysia ni yang berpendapatan sebanyak itu diawal  tahun 1961 dulu. Sekiranya beliau mula menyimpan sebanyak RM40 ribu sebulan setelah berkahwin dengan Najib, aku percaya tetapi diawal tahun 1961 tu….aku paksa diri aku percaya jugak walaupun berasap otak aku mengatakan sebaliknya.
Agaknya, itulah sebabnya RM mendapat  budget untuk menjayakan program PERMATA yang diusahakannya itu. Beliau nak menurunkan ilmu menabung kepada kanak-kanak agar mereka boleh mampu membeli apa yang mereka inginkan setelah dewasa kelak. Tidak mustahil kanak-kanak ni boleh memandu Lamborghini ataupun Ferrari apabila mereka dewasa setelah mengikuti kaedah menabung yang dianjurkan oleh Rosmah Mansor.
Kaedah menabung ni pun patut dianjurkan disekolah-sekolah untuk digunapakai oleh pelajar-pelajar kerana ianya amat berkesan setelah kini RM mampu membeli sebentuk cincin permata berlian berharga RM24 juta dari Jacob & Co, US hasil dari tabungan yang dibuatnya sedari kecil. Tahniah Rosmah, kaedah menabung mu sangat berkesan.
Artikel diatas disiarkan di Tranungkite.net yang memang terkenal sebagai lubuk membuat fitnah dan memaki hamun kerajaan dan UMNO. 

Mereka buat seolah-olah akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan berita berkenaan walhal laporan muka hadapan akhbar berkenaan pada 15hb Julai 2011 adalah seperti dibawah.


Begitulah perangai puak-puak PAS, kalau sehari tak buat fitnah mereka rasa serba tak kena. Badan mereka akan rasa mahu demam dan sakit-sakit. 

Bila dapat buat fitnah, walaupun fitnah yang dibuat itu benar-benar menampakkan kebodohan mereka sendiri, badan mereka serta merta akan jadi segar bugar. Fitnah ibarat santapan rohani pada puak-puak PAS.

Tapi biasalah, ayat Al-Quran lagi kan mereka boleh putar belit dan edit inikan pulak lah setakat mengedit akhbar Utusan Malaysia, sudah tentu ibarat makan kuaci saja pada mereka.

Kesimpulannya....

INGAT FITNAH...INGAT PAS!