Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Friday, July 15, 2011

Memalukan! Karpal Singh Balun PAS Kedah.



Kasihan PAS, walaupun dah bermacam-macam kehendak dan perintah DAP diturutkannya, namun itu masih tak berjaya memuaskan hati DAP. 

Bukan kecik-kecik anak pengorbanan yang sudah dibuat PAS, sampaikan cita-cita untuk melaksanakan hudud dan membina negara Islam pun PAS sanggup humbankan dalam longkang demi DAP.

Semalam, Karpal Singh mengamuk sakan bila mendapat tahu PAS Kedah berhasrat untuk menutup pesat hiburan yang ada dinegeri berkenaan disepanjang bulan Ramadan akan datang.

Horas! petik apa yang dilaporkan oleh bernama :-
KUALA LUMPUR 15 Julai – DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap parti-parti komponen lain dalam pakatan pembangkang.

"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP tidak akan mengetepikan prinsip-prinsip perjuangannya,dan menurutnya, parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi, menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya.

“Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim. Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan,” katanya. – Bernama
Walaupun mempunyai hanya satu kerusi DUN di Kedah, tapi nampaknya DAP lah yang paling berkuasa di negeri berkenaan. Apa yang DAP tidak suka, PAS negeri Kedah tidak boleh melaksanakannya...walaupun demi kebaikan umat Islam.

Sahlah bahawa PAS selama ini telah berbohong apabila mengatakan kononnya DAP semakin faham tentang Islam setelah menerima tarbiyah dan dakwah dari mereka.

Pemimpin-pemimpin PAS sanggup berbohong kepada penyokong-penyokongnya sendiri agar mereka dapat menerima kerjasama yang dijalinkan oleh PAS dengan DAP yang terkenal dengan sikap anti Islamnya.

Sepatutnya PAS tunjukkanlah petikan Hadis atau ayat Al-Quran yang mewajarkan tindakan menutup pusat hiburan itu kepada DAP. 

Bukankah PAS kata ADUN Selangor yang memetik hadis ketika berbahas di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tempohari membuktikan DAP percaya dengan kebenaran Al-Quran dan Hadis?...