Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Friday, July 22, 2011

Mat Sabu Pusing Cerita, Kata Kena Sondol Dengan Waja Pulak.




Semakin dekat dengan bulan Ramadan, semakin kuat pulak Mat Sabu menipu. Ingatkan dia sudah jadikan pengajaran bila satu Malaysia dah tahu dia seorang penipu besar

Rupanya tidak. Mat Sabu tetap Mat Sabu dan mungkin dia sudah ditakdirkan akan terus menipu dan membohong sampai mati.

Bayangkan, kalau dulu dia cakap dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda polis, tapi hari ini tiba-tiba pula dia boleh cakap bukan kenderaan pacuan 4 roda itu yang melanggarnya, tapi Proton Waja yang berada dibelakang kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

Horas! petik apa yang dilaporkan oleh keadilandily hari ini.
Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu. 
“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu,” 
“Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau. 
Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu. 
MasyaAllah, apa sudah jadi? Sebaik sahaja dia dibuktikan menipu oleh polis semalam, hari ni dia boleh pusing dan buat cerita  lain pulak. 

Nampaknya, Timbalan Presiden PAS yang sudah kantoi menipu ini terpaksa pula membuat penipuan yang kedua bagi menutup penipuan pertamanya berkaitan dirempuh kenderaan polis tempoh hari.

Percayalah, bila dia dah kantoi untuk penipuannya yang kedua, dia akan buat pula penipuan ketiga...dan begitulah seterusnya. Dia akan terus menipu, menipu dan menipu.

Kasihan pencacai PAS dapat Timbalan Presiden yang perangai lidah bercabangnya tidak pernah dimiliki oleh Timbalan-timbalan Presiden PAS sebelum ini.