Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, July 20, 2011

Selepas Arak, Kini Pelacuran Pula Semakin Subur Di Selangor.



Iklan ubat kuat seperti dalam gambar dibawah kini semakin berlambak-lambak di Selangor. Horas! yakin ramai yang pernah melihat iklan seperti diatas atau yang sewaktu dengannya digantung atau dipacakkan di tepi-tepi jalan.

Kalau rakan-rakan pembaca sekalian mahu tahu, iklan diatas bukan semata-mata menawarkan untuk menjual ubat kuat bagi kegunaan lelaki-lelaki bermasalah, tapi turut menawarkan khidmat pelacuran. 


Dulu pernah kecoh pasal iklan tersebut bila orang ramai melahirkan rasa tidak senang dan membuat aduan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga bertindak menurun dan memusnahkan iklan-iklan tersebut.

Semenjak itu iklan 'Adult Toy' berkenaan tidak kelihatan lagi ditepi-tepi jalan. Tapi mungkin kerana tiada tindakan yang berkesan dari kerajaan Selangor kerana kesibukan pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak yang berpolitik 24 jam sehari, kini ia muncul kembali.

Apa yang sebenarnya tersembunyi disebalik iklan itu pernah didedahkan oleh wartawan Harian Metro yang membuat siasatan. 

Oh ya! siasatan yang dibuat oleh wartawan Harian Metro bukan setakat mengadap komputer sambil berbalas-balas mesej macam siasatan yang dilakukan oleh seorang blogger sotong. Wartawan Harian Metro bertemu sendiri dengan dalang disebalik iklan itu. Berbual dan berurusan secara bersemuka.

Mari kita baca apa yang pernah dilaporkan oleh Harian Metro hasil dari siasatan mereka.
Pakej Ubat Kuat
Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
SUBANG JAYA: Sekali pandang, ia seperti iklan haram biasa yang kerap ditampal di bawah jejantas, papan tanda jalan dan dinding kedai. Namun selepas diselidiki, iklan terbabit bukan sekadar menawarkan ubat kuat lelaki, tetapi turut menawarkan pakej dua dalam satu - pelacur! 
Itulah taktik terbaru sindiket pelacuran dengan menawarkan ubat rangsangan seks melalui iklan haram di kaki lima untuk memerangkap lelaki.Taktik yang digunakan itu bukan saja menawarkan ubat kuat yang dikatakan mampu merangsang tenaga lelaki hingga dapat bertahan selama 24 jam, malah meminta pelanggan menguji kemujarabannya dengan melanggani ‘ayam import’. 
Dipercayai, taktik serampang dua mata itu menjadi pilihan sindiket berkenaan berikutan lebih mudah menjerat lelaki yang gemar mencari ubat paling berkesan beraksi di ranjang, sekali gus memberi keuntungan berlipat ganda selain melariskan perkhidmatan pelacur yang disediakan. 
Siasatan wartawan Harian Metro mendapati sindiket itu bersedia menemui pelanggan selepas persetujuan dicapai menerusi telefon, namun mengikut kawasan berikutan terdapat sindiket lain menguasai daerah tertentu. 
Dalam perbualan menerusi telefon, wartawan yang menyamar sebagai pelanggan berbual dengan seorang lelaki bernama Jay, ejen yang menawarkan ubat kuat kepada pelanggan. Menurut Jay, ubat kuat berkenaan membabitkan dua jenis iaitu berbentuk pil dan jenis sapu dibawa masuk secara haram dari Taiwan melalui orang tengah. 
Katanya, pelanggan boleh memilih satu daripadanya dengan harga serendah RM30 bagi jenis sapu manakala RM60 bagi pil. Dia menyatakan jenis pil paling popular di kalangan pelanggan dan dijual 10 biji bagi setiap peket. 
Pelanggan akan diberi diskaun jika turut melanggan pelacur yang diimport dari negara luar bagi menguji keberkesanan ubat berkenaan dengan bayaran RM160. 
“Lu jangan risau, ubat ni tiada kesan sampingan. Itu saya boleh gerenti sebab pil ini memang popular di Taiwan dan sudah lima tahun saya jual. Kalau tak percaya nanti masa jumpa, saya boleh kasi cuba mana-mana perempuan awak suka. Awak boleh tengok ubat ini betul kuat atau tidak".
“Harga jangan risau, kalau ambil ubat sama amoi, kami kasi harga special. Kami boleh kurang harga kalau awak ambil dua-dua,” katanya. 
Wartawan turut diberitahu, pelanggan boleh memilih pelacur ketika urusan pembelian ubat kuat, namun mengikut harga berbeza bergantung kepada jenis ‘ayam’ kerana mendakwa ada yang baru tiba di negara ini. 
Pelanggan boleh menguji keberkesanan ubat itu sama ada di tempat disediakan, bilik hotel atau rumah dalam tempoh dua jam. Mereka perlu membayar tambahan RM50 bagi setiap setengah jam tambahan jika berminat melanjutkan tempoh berasmara. 
Melalui perbualan selama 15 minit itu, wartawan bersetuju berjumpa Jay di sebuah rumah kedai di sini. Ketika tiba, dua lelaki berusia awal 30-an serta 40-an sedia menanti bersama seorang wanita berpakaian seksi dipercayai pelacur. 
Dalam pertemuan itu, seorang lelaki berkenaan memperkenalkan diri sebagai wakil Jay tanpa memberitahu namanya. Lelaki itu meminta wartawan menunggu seketika berikutan sedang berurusan dengan seorang lagi pelanggan. 
Apabila menemui wartawan semula, lelaki itu yang bercakap pelat Cina bercampur Indonesia mendakwa kedua-dua jenis ubat itu mampu membesarkan zakar lelaki bagi tempoh tertentu. Namun, dia mendakwa ubat kuat jenis pil mampu membuatkan pelanggan melakukan aksi ranjang berulang kali dalam tempoh 24 jam tanpa penat. 
Wartawan turut ditawarkan wanita yang ditemui sebentar tadi untuk ditiduri. Berdasarkan pengamatan, wanita berusia awal 20-an itu dipercayai warga asing berdasarkan loghat percakapannya dan hanya mengikut kata lelaki berkenaan. 
“Ini amoi kalau awak ambil mesti best punya. Awak boleh suruh dia buat apa saja apa awak mau. Tapi kalau mau bawa pergi mana-mana mesti jaga elok-elok. Nanti sudah puas, bagitau kita datang angkat,” katanya.

Selepas hampir 30 minit berbual, wartawan menolak tawaran berkenaan dengan alasan tidak mempunyai wang mencukupi, tetapi berjanji datang semula selepas melakukan pengeluaran wang.
Nampaknya  segala macam maksiat dan aktiviti tidak bermoral semakin menjadi-jadi semenjak Pakatan Haprak mentadbir Selangor. 

Sudahlah rumah urut, pusat hiburan dan spa haram semakin mencanak-canak tumbuh dimerata-rata tempat, kini khidmat pelacuran pun sudah berani diiklan secara terbuka. Cuma ianya berselindung disebalik iklan ubat kuat.

Dulu Horas! pernah dedahkan tentang penjualan arak yang semakin meriah dan menjadi-jadi di Selangor sampai ketahap menyelitkan iklan bermacam-macam jenis arak dipengilap cermin kereta. Baca disini.

Begitulah perangai pemimpin Pakatan Haprak baik dari DAP, PKR dan PAS. Mereka nampak kuman yang ada dinegeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO/BN, tapi buat-buat tak nampak dengan gajah yang duduk mengangkang didepan batang hidung mereka.

Pada ibu bapa yang mempunyai anak yang sudah dewasa atau meningkat remaja, jaga dan awasilah anak anda dengan sebaik-baiknya. Jangan sampai mereka terjebak dengan segala macam gejala maksiat yang semakin subur di Selangor ini.