Semasa bersarapan pagi tadi Horas! terfikir...apalah agaknya yang sedang dibuat oleh perusuh-perusuh BERSIH 2.0 semalam pagi ini.
Pada yang ditangkap dan merengkok didalam lokap, mungkin tengah tertunggu-tunggu dan berharap dibebaskan oleh polis dengan segera. Maklumlah, bukannya selesa duduk berhimpit-himpit didalam lokap.
Mungkin juga ada yang tengah bersarapan sambil bercerita dengan bangga kepada kawan-kawan dan keluarga tentang huru hara yang berjaya mereka timbulkan semalam.
Untuk menyedapkan cerita mungkin juga mereka menokok tambah tentang keberanian mereka menghadapi pasukan keselamatan, walaupun hakikatnya hampir kesemua yang merusuh semalam lari lintang pukang bila disergah polis.
Tapi Horas! yakin, ramai yang masih membuta membuat tahi mata.
Maklumlah semalam seharian terkinja-kinja membuat kecoh dan menjerit-jerit macam beruk terkena belacan, tentulah badan penat.
Mungkin ada juga yang sedang menggigil kerana demam dan selsema akibat ditimpa hujan lebat.

Kesimpulannya, hari ini perusuh-perusuh yang membuat huru hara di Kuala Lumpur semalam kembali menjalani hidup seperti biasa.
Mungkin mereka tidak sedar, tapi celik sahaja mata pagi tadi, mereka terus menikmati subsidi yang kerajaan beri.
Makanlah cekodok, roti canai, lempeng, pisang goreng dan sebagainya, selagi menggunakan tepung, bermakna ada subsidi atau bantuan kerajaan didalamnya.
Makanlah cekodok, roti canai, lempeng, pisang goreng dan sebagainya, selagi menggunakan tepung, bermakna ada subsidi atau bantuan kerajaan didalamnya.
Isilah perut dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu dan sebagainya, pun ada subsidi kerajaan didalamnya.
Hiruplah kopi 'o dan teh 'o' panas berasap atau apa sahaja. Selagi menggunakan gula...bermakna ada subsidi kerajaan didalamya.
Hiruplah kopi 'o dan teh 'o' panas berasap atau apa sahaja. Selagi menggunakan gula...bermakna ada subsidi kerajaan didalamya.
Bawalah keluarga bersiar-siar hari ini, itu pun gunakan subsidi kerajaan. kecualilah kereta perusuh bangang semalam mengunakan air paip atau air longkang dan bukan petrol untuk bergerak.
Kesimpulannya, selepas merusuh dam membuat huru hara mahu menjatuhkan kerajaan semalam, hari ini dengan muka tak malu mereka rembat pula apa yang kerajaan beri.
Tiada apa hasil yang mereka perolehi melalui BERSIH 2.0, kerana apa yang dirancang oleh Ambiga dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak itu terbukti gagal. Kerajaan langsung tidak tegugat.
Yang mereka berjaya lakukan hanyalah merugikan peniaga-peniaga kecil, para penjaja dan pemandu teksi yang seagama dan sebangsa dengan mereka yang mencari rezeki ditempat mereka merusuh.
Oh ya! pekerja-pekerja pembersihan Alam Flora dari awal pagi semalam hingga kini mungkin sedang menyumpah seranah mereka kerana terpaksa bekerja lebih berat membersihkan longgokan sampah dan kekotoran yang mereka tinggalkan.
Ambiga, Lim Kit Siang, Anwar, Hadi Awang dan lain-lain pemimpin Pakatan haprak tengah buat apa pula agaknya ya?!