Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Friday, July 8, 2011

Video: Lihatlah Kebiadaban Penyokong BERSIH Terhadap Polis.



Horas! ucapkan syabas kepada pegawai polis dan anggotanya yang terlibat, yang cukup tenang mengawal emosi menghadapi sikap biadab dan kurang ajar pemimpin pembangkang yang menyokong BERSIH 2.0.

Walaupun diprovokasi, pegawai polis berkenaan tetap tenang dan cukup berhemah menjalankan tugas serta amanah yang dipikul dibahunya. Sedikit pun beliau tidak meninggikan suara atau bertindak kasar terhadap si sial dan rakan-rakannya yang cukup menyakitkan hati Horas! melihatnya.

Perlu diingat, sebelum berlakunya tragedi 13 Mei, gerombolan pembangkang yang berarak disekitar Kuala Lumpur bagi meraikan kemenangan mereka dalam pilihanraya tahun 1969 telah melakukan pelbagai bentuk provokasi kepada anggota keselamatan yang bertugas. 

Nampaknya kini mereka berhasrat untuk melakukan pekara yang sama melalui BERSIH 2.0

Pada anggota keselamatan yang bertugas menghadapi gerombolan perusuh BERSIH 2.0 esok, Horas! dan seluruh warga Hulu Langat yang cintakan keamanan yang telah sekian lama dinikmati mendoakan agar anda semua sentiasa berada dalam keadaan selamat dan dapat menjalankan tugas dengan jayanya.

Pengorbanan dan jasa anda semua dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan hidup kami akan terus terpahat dihati dan akan dikenang untuk selamanya. Selamat bertugas!