Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, July 20, 2011

Kasihan Pemuda PAS, Macam Anjing Menyalak Bukit.




Harakah.daily hari ini melaporkan yang Pemuda PAS Pusat konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan langkah penganjur yang mahu meneruskan Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.

Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Memorandum pertama pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu lepas kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor. 

Malangnya memorandum tersebut tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal.

Kasihan Pemuda PAS. Punyalah tak ada nilai sampai nak jumpa pun Khalid Gagap dia tak mahu dan malas nak layan. Entah-entah memorandum bantahan yang dihantar tu pun dah lama melayang dalam bakul sampah.

Tapi Pemuda PAS kena faham, yang ada kuasa besar di Selangor ni bukan PKR atau Khalid Gagap, tapi DAP. Khalid Gagap malas nak jumpa tu bukan kerana apa, kerana dia tahu dia tak boleh buat apa-apa keputusan pun.



Kalau pada pada Khalid Gagap pun Pemuda PAS tak ada nilai, pada DAP sendiri mahu ingatlah. 

Tengok gambar diatas, Dr Hatta Ramli yang bertaraf ahli parlimen dan otai dalam PAS tu pun setakat layak jadi tukang pasang bendera DAP. Kalau setakat Pemuda PAS, jadi tukang basuh kereta Ronnie Liu pun belum tentu layak lagi.

Itulah, selama ni bukan main lagi kuat menipu canang kehulu kehilir kata DAP kononnya makin faham Islam. Dituduh pulak pulak yang tak faham Islam tu UMNO.

Sekarang ambik kau sebijik, Allah bagi peringatan dan nak tunjuk pada puak-puak PAS yang DAP tu tak pernah faham dan tak pernah minat pada Islam.

Tapi tak apalah, Pemuda PAS bolehlah terus cuba menyalak. Manalah tahu kot-kot satu hari nanti bukit boleh runtuh dengan salakan mendayu-dayu Pemuda PAS tu.