Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, July 28, 2011

Rakaman Aktiviti Menyambut Ramadhan Yang Menyentuh Kalbu Di Pulau Pinang.



DAP akhirnya membuktikan bahawa mereka memang benar-benar semakin memahami Islam. Tidak sia-sia nampaknya PAS mentrabiyah dan berdakwah kepada DAP selama ini.

Malah tidak sia-sia juga nampaknya PAS bermati-matian mempertahankan rakan-rakan mereka dari DAP membaca ayat suci Al-Quran dan Hadis ketika berceramah.

Lim Guan Eng juga membuktikan bahawa dia memang benar-benar ikhlas mempraktikkan dan mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbirannya di Pulau Pinang. 

Ternyata kritikan yang mengatakan Lim Guan Eng mencontohi pemerintahan Khalifah ternama dalam sejarah Islam tersebut hanya kerana mahu memancing perhatian dan undi umat Islam adalah satu fitnah yang amat jahat.

Jika kerajaan persekutuan sekadar menganjurkan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa sebagai aktiviti menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkat, di Pulau Pinang juga ada aktiviti yang dianjurkan sempena menyambut bulan berkenaan.

Malah aktiviti menyambut bulan Ramadan yang diadakan di Pulau Pinang lebih meriah, menyentuh kalbu dan mampu menggetarkan hati...terutamanya kepada insan yang bernama lelaki. 

Mari bersama kita hayati kesyahduan program berkenaan.