Semuanya gara-gara kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan yang tidak memihak kepada Pakatan Haprak dan Bersih 2.0 mereka.
Mereka menjadi amat marah bila Datuk Wan Zabidi Wan Teh kata menyertai perarakan menentang pemerintah adalah sebaris dengan dosa-dosa besar yang boleh menjejaskan iman.
Kerana kenyataan itu, juak-juak Pakatan Haprak terutamanya dari PAS sudah mula memaki hamun dan melabelkan Mufti Wilayah Persekutuan dengan bermacam-macam gelaran hina.
Ada yang kata beliau bakal mengisi neraka...
Ada yang kata beliau menerima gaji dari duit haram....,
Ada yang kata beliau tak baca Al-Quran....,
Ada yang kata beliau mufti haid dan nifas....,
Ada yang kata bengong dan entah apa-apa lagi bentuk hinaan dan maki hamun.
Ada yang kata beliau menerima gaji dari duit haram....,
Ada yang kata beliau tak baca Al-Quran....,
Ada yang kata beliau mufti haid dan nifas....,
Ada yang kata bengong dan entah apa-apa lagi bentuk hinaan dan maki hamun.
Horas! petik sedikit apa yang diperkatakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan seperti yang dilaporkan oleh bernama yang menjadi punca kemarahan juak-juak Pakatan Haprak terutamanya dari PAS.
"Rasulullah SAW telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak.
"Dan berasaskan dalil-dalil jelas dalam Al-Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak (sepakat) mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardu ke atas setiap Muslim," katanya.
Beliau berkata, memandangkan kemusnahan yang sangat besar terhadap agama dan umat disebabkan kegiatan penderhakaan atau "bid'atul khuruj", maka tidak hairanlah golongan penderhaka digelar Rasulullah sebagai "kilabunnar" (anjing neraka).
Wan Zabidi berkata, dalil-dalil turut menerangkan bahawa perbuatan derhaka selain daripada menjejaskan iman, juga boleh memutuskan jalan ke syurga dan menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah.
"Sayugia diperingatkan mereka yang terlibat dalam penganjurannya, bukan sahaja akan menanggung dosa perbuatan itu, tetapi juga dosa setiap orang yang mengikutnya, tanpa mengurangkan dosa pengikut tersebut," katanya.
Wan Zabidi menyeru setiap umat Islam tidak melibatkan diri dengan apa jua bentuk tunjuk perasaan kerana ia adalah sebahagian daripada tindakan derhaka yang boleh menjurus ke arah pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan kesengsaraan masyarakat awam"
Begitulah perangai juak-juak Pakatan Haprak, kalau ada saja sesiapa yang berani mengeluarkan kenyataan yang tidak memihak dan mengkritik mereka, akan segera dimaki hamun...terutamanya lebai-lebai karat hijau.
Lebai-lebai hijau nampak saja alim dengan serban, janggut dan jubahnya, tapi kalau bab memaki hamun serahkanlah pada mereka.
Mereka cukup handal dan arif melakukannya.
Mereka cukup handal dan arif melakukannya.
Tapi kalau tunjuk pendirian yang sama dengan mereka, akan mereka puji dan puja melangit. Tengoklah macam mana mereka memuja dan memuji Lim Kit Siang dan Karpal Singh anak beranak kerana memihak kepada mereka.
Bukan setakat itu, Ambiga yang terang-terang anti Islam pun mereka sanggup patuh, taat dan pertahankan dengan nyawa hanya semata-mata kerana perempuan Hindu berkenaan bersama-sama berdiri dipihak mereka.