Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, July 21, 2011

Lawak Bangang! Cai PAS Kata Mat Sabu Menipu Untuk Strategi Politik.



Tergelak sakan Horas! membaca tulisan disebuah blog pro hamPAS pasal isu Mat Sabu yang dah kantoi kerana menipu konnonnya polis melanggar dia sampai pecah kepala lutut.

Macam-macam ulasan yang dibuat oleh sipenulis blog untuk menegakkan benang yang dah basah dan demi membela Timbalan Presidennya.

Tapi yang paling lawak apabila dia kata penipuan yang dibuat oleh Mat Sabu itu adalah sebagai salah satu daripada strategi politik PAS untuk menekan UMNO dan menekan pasukan polis yang menjadi tali barut UMNO.

Kata sipenulis blog lagi, cara sebegitu sudah lama dipraktikkan oleh Islam ketika berperang dengan musuh, dan tidak salah digunakan ketika PAS menghadapi serangan UMNO ketika ini.

Kah!... kah!... kah!... kah!... kah!... kah!... kah!....lawak beb..!!

Kepada puak pencacai PAS, kalau ya pun mahu membela Mat Sabu...agak-agak lah sikit. Jangan lah sampai keluarkan benda-benda bangang sebegitu. Nampak teruk dan terdesak sangat.

Janganlah putar sana putar sini. 

Setakat ni belum pernah lagi Horas! terbaca yang pemimpin-pemimpin Islam zaman dahulu menggunakan taktik yang macam Mat Sabu gunakan. Kebanyakan pemimpin Islam zaman dahulu menggunakan kepintaran mereka dalam merangka strategi dan mengkaji rupa bentuk bumi ketika mahu berperang.

Yang Mat Sabu buat tu langsung tak boleh dikatakan sebagai strategi melainkan hanya satu fitnah yang berniat busuk dan amat jahat.

Begitulah perangai puak PAS. Bila dah tersepit...mereka akan sanggup cakap apa saja untuk menutup dan menghalalkan kesalahan yang telah dibuat pemimpin mereka. Benda yang tak ada pun sanggup mereka ada-adakan.

Pesan Saidina Ali Bin Abi Talib yang meminta umat Islam agar mengamalkan prinsip berkata benar walaupun pahit mereka sembunyikan dan mereka tak akan teragak-agak untuk membuangnya kedalam mangkuk jamban kalau keadaan sudah terdesak.

Jahat sungguh perangai puak PAS ni. Apa pun sanggup mereka buat asalkan dapat sedikit kuasa politik.