Pakatan Haprak terbukti gagal untuk menimbulkan huru hara dan keadaan tidak aman melalui BERSIH 2.0. Pakatan Haprak juga gagal untuk mendesak kerajaan agar tunduk pada kemahuan dan segala kehendak mereka.
Tahniah kepada pasukan keselamatan yang bertugas pada ketika puak-puak Pakatan haprak membuat kecoh tempoh hari...terutamanya kepada pasukan polis. Terbukti pihak polis cukup cekap menangani tindak tanduk kumpulan perusuh berkenaan.
Sebenarnya kegagalan BERSIH 2.0 amat memalukan dan memberi tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak. Setelah sekian lama dirancang, dan setelah sekian banyak wang, tenaga dan masa digunakan untuk menghasut rakyat yang pendek akal menyertainya, akhirnya BERSIH 2.0 tidak memberi apa-apa hasil.
Oleh kerana mahu mengalih perhatian penyokong-penyokong totok mereka yang kecewa kerana BERSIH 2.0 tidak memberi apa-apa impak, puak-puak Pakatan Haprak tiada pilihan lain melainkan menyerang dan menjatuhkan kredibiliti pasukan polis.
Banyak blog-blog dan ruang forum maya pro Pakatan Haprak yang kini menyerang dan melemparkan bermacam-macam tuduhan tidak berasas kepada pasukan polis. Mereka tuduh polis sebagai bertindak zalim, kejam, tidak berperi kemanusiaan, kasar dan entah apa-apa lagi.
Padahal perusuh-perusuh sendiri yang sebenarnya bertindak diluar batas dan memprovokasi pihak polis yang mengawal keadaan dengan bermacam-macam cara. Maki hamun perusuh kepada pasukan polis usah ceritalah...memang dahsyat.
Banyak video dan gambar yang menunjukkan tindak tanduk biadab dan kurang ajar perusuh yang cuba memprovokasi polis. Malah sampai ada yang cuba berlagak berani didepan rakan-rakannya dengan bertindak memanjat kenderaan pasukan FRU.
Tian Chua sendiri yang memimpin sekumpulan perusuh cuba bertindak menyerang polis. Padahal polis tidak melakukan apa-apa pun melainkan berdiri menghalang laluan mereka dan meminta mereka segera bersurai. Takkan polis nak menari zapin pula disaat mahu diserbu sebegitu. Sudah tentulah mereka akan lepaskan tembakan gas pemedih mata. Salahkah tindakan polis itu?
Hakikatnya pasukan polis cukup bertimbang rasa dan berhemah menangani tindak tanduk perusuh. Mereka tidak terus menyerbu kearah perusuh. Mereka mengambil pendekatan memujuk agar perusuh-perusuh bersurai. Jika masih tidak dipedulikan mereka beri amaran. Kalau masih berdegil juga barulah mereka suraikan dengan 'water cannon' dan gas pemedih mata. Itu sahaja. Pasukan polis langsung tidak mengambil pendekatan menyerbu kearah kumpulan perusuh dan membalun mereka sampai lembik dengan cotar atau belantan.
Kalau di negara-negara lain macam di Timur Tengah atau di Eropah Timur, memang masak perusuh kena dengan pasukan polis mereka. Kalau berdegil memang tak bertangguh dibalun cukup-cukup oleh pasukan polis mereka dengan cotar. Kalau masih degil juga, perusuh akan ditembak dengan peluru getah...nasib tak baik peluru hidup pun dapat.
Kepada juak-juak Pakatan Haprak, cukup-cukuplah...jangan difitnah dan dihina pasukan polis yang bertindak kerana menjaga ketenteraman negara dan melindungi rakyat yang cintakan keamanan. Jangan kerana kegagalan BERSIH 2.0, polis pula dijadikan sasaran untuk menutup malu.
Kepada perusuh-perusuh yang tidak sedar diuntung tempoh hari, sedarlah...apa yang kamu semua lakukan tempoh hari bukan membawa suara dan kehendak rakyat. Kamu semua sekadar memenuhi hasrat busuk sekumpulan manusia sial yang mahu berkuasa dengan cara yang salah.
Insaflah dan jangan lagi dicemarkan nama baik negara dimata dunia dengan tindakan bodoh lagi bangang kamu semua. Sampai bila mahu menjadi anjing yang menyalak dan menggigit apabila diarahkan oleh tuannya?