Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Friday, July 15, 2011

Dr Lo' Lo' Kini Sedang Tenat Di Hospital



Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' kini dilaporkan sedang tenat akibat penyakit kanser paru-paru tahap 4 yang dihidapinya. Beliau  dirawat di tingkat 10A, katil 26 Hospital Selayang.

Walaupun Nik Aziz suka mendoakan agar musuh politiknya pecah perut, namun sebagai sesama Islam dan tidak nyanyok seperti Nik Aziz, marilah kita sama-sama mendokan agar Dr Lo' Lo' sembuh. 

Kepada pemimpin dan YB-YB UMNO, jika ditakdirkan usia Dr Lo' Lo' tidak panjang, janganlah itu dijadikan mainan dan bahan sendaan dengan mencipta pantun-pantun merapu seperti yang pernah dilakukan oleh Mahfuz Omar @ Mr Bean diatas kematian allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, ADUN Merlimau. Baca disini.

Jika ada kesalahan Dr Lo' Lo' pada kita semua, marilah dengan lapang hati kita memaafkannya.