Amaran keras kepada rakan-rakan pembaca dari spesis lelaki...!!!
Jangan sesekali menggunakan kaedah ini untuk membantu isteri orang lain yang tertekan atau menghadapi masalah rumahtangga.
Kalau mahu mencuba keberkesanannya, sila praktikkan keatas isteri anda sendiri.. :)
"Tekanan adalah keadaan mental yang boleh mengganggu dan menurunkan kualiti hidup. Berbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi tekanan. Sebuah kajian mendapat air mani lelaki juga boleh dijadikan ubat anti tekanan.
‘Air mani membuatkan wanita bahagia’. Itulah kesimpulan yang luar biasa dari sebuah penelitian yang membandingkan perasaan wanita yang menggunakan kondom saat berhubungan seks dengan yang tidak menggunakan.
Menurutnya, ternyata kehamilan yang tidak diingini atau penyakit seksual yang menular akan lebih besar kesannyanya daripada mengimbangi kesan psikologi yang menguntungkan dari air mani. Dalam penelitian ini, pasukannya membahagi 293 wanita dalam beberapa kategori.Kajian menjurus kepada berapa kerap pasangan mereka memakai kondom dan tahap kebahagiaan dinilai dengan menggunakan alat Beck Depression Inventory. Peserta dengan skor rendah adalah yang paling bahagia dan skor lebih dari 17 dianggap cukup tertekan.
Hasilnya, wanita dengan pasangan yang tidak pernah menggunakan kondom mendapat keputusan rata-rata 8, wanita dengan pasangan yang kadang-kadang menggunakan kondom mendapat keputusan 10.5, yang selalu menggunakan kondom 11.5 dan wanita yang tidak pernah membuat perhubungan seks mendapat keputusan 13.5. Dan menurut hasil penelitian yang telah diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior ini, gejala kemurungan dan usaha bunuh diri sering terjadi pada wanita yang menggunakan kondom secara teratur dibandingkan dengan yang tidak.
Kah...! kah...! kah...! kah...! kah.................Hasil penelitian yang akan menimbulkan kontroversi ini menunjukkan bahawa wanita yang secara langsung terkena air mani akan lebih jarang merasa tertekan atau kemurungan. Pengkaji merasakan hal ini kerana adanya perubahan perasaan wanita akibat hormon dalam air mani yang diserap melalui vagina. Hal ini tidak terlalu mengejutkan, kerana air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah perasaan seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berbeza."
kredit pada wacanaku.blogspot