Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, February 26, 2012

Wajib Baca: Soal Jawab Masalah Agama Bersama Ustaz *****.


Soalan : Assalamualaikum ustaz, saya seorang wanita yang telah berkahwin. Diawal perkahwinan sehinggalah saya dan suami dikurniakan cahaya mata, Alhamdulillah...hidup kami sekeluarga cukup bahagia. Kasih sayang suami kepada saya dan anak-anak melimpah ruah.

Tapi langit tidak selalunya cerah. Kebahagian yang saya harapkan tidak berkekalan apabila suami saya mula berubah sikap. Rumah tangga yang telah sekian lama kami bina mula berantakan. Kebelakangan ini suami saya sering marah-marah dan ada kalanya, kerana tidak dapat mengawal marahnya, saya dipukul. 

Saya sudah cuba berbincang dengan suami berkaitan masalah rumahtangga yang timbul ini, tapi nampaknya keadaan masih tidah berubah.

Tolonglah saya ustaz, saya amat tertekan dengan keadaan ini.

Isteri Teraniaya, P**** 




Ustaz ****: Wa'alaikumsalam. Saya amat bersimpati dengan dugaan yang puan hadapi. Bersabar dan percayalah, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dengan izin Allah.

Saya akan ke negeri P**** pada ****** haribulan. Saya akan menginap dihotel ******. Puan boleh berjumpa dengan saya dibilik bernombor ****. Sebaik-baiknya puan datanglah kebilik saya tanpa ditemani suami sekitar pukul 2 pagi. InsyaAllah saya akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang puan hadapi didalam bilik itu.


Horas!: Soal jawab diatas hanyalah imaginasi nakal Horas!. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati. Sekian, terima kasih. :)


kredit foto: suraubpj