Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, February 11, 2012

Wajib Tonton: Mengapa Sampai Begini Jadinya Wahai PAS....

Horas! harap rakan-rakan pembaca sekalian dapat meluangkan sedikit masa menonton video-video dibawah.

Video Pertama: Sejarah ringkas satu hari 'istimewa' yang cuba dihalal dan digalakkan oleh PAS untuk umat Islam dinegara ini menyambut dan meraikannya.


Video Kedua: Sejarah ringkas satu hari yang benar-benar istimewa dimana pembawa kebenaran dan kesejahteraan untuk umat telah dilahirkan kedunia...namun dikatakan oleh PAS jika meraikannya ibarat mengikut ajaran Kristian.


Bagi yang masih samar-samar, 2 video diatas mungkin boleh membantu anda untuk memahami mengapa penilaian dan pendirian PAS berkaitan 2 hari tersebut perlu ditentang walau dengan apa cara sekali pun.

Petanda PAS mula memberi isyarat bahawa hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW tidak perlu diraikan boleh kita lihat dengan jelas apabila Nik Aziz menzahirkan kata-kata yang antaranya seperti berikut:-

1. Majlis-majlis yang dianjurkan untuk menyambut hari kelahiran Baginda suatu kerja yang tiada kesudahan...atau boleh kita anggap sia-sia serta tidak berfaedah.

2. Bonda Nabi Muhammad SAW sendiri tidak tahu bahawa dia sedang mengandung dan bakal melahirkan seorang Rasul yang bakal membawa cahaya kebenaran untuk umat manusia.

3. Nabi Muhammad SAW selepas kelahiran dan ketika dizaman kanak-kanaknya sama dan tiada bezanya seperti kanak-kanak lain yang turut memiliki nama yang sama - tiada sebarang keistimewaan atau petanda bahawa dia bakal diangkat menjadi utusan Allah untuk umat akhir zaman.

4. Pemilihan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul hanya dibuat selepas Allah SWT mendapati hanya Bagindalah yang paling layak dikalangan seluruh umat manusia yang wujud pada ketika itu. Atau dalam ertikata lain, ketentuan Allah SWT untuk mengangkat Baginda menjadi Nabi dan Rasul bukanlah ditentukan sejak azali, melainkan hanya ketika baginda telah berusia 40 tahun.

Benarkah kenyataan-kenyataan Nik Aziz itu?

Horas! yakin rakan-rakan pembaca sekalian sudah pun menemui jawapannya didalam video yang kedua.

Horas! tidak mahu menulis dengan panjang lebar. Jadi, tepuk dada tanya lah selera. Fikir-fikirkan.....

Yang mana satu lebih baik dan wajar kita raikan. Adakah hari 'istimewa' dalam video pertama seperti yang galakkan oleh PAS, atau hari istimewa seperti yang dinyatakan dalam video kedua yang meraikannya mereka katakan pula seperti mengikut ajaran Kristian.