Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, February 14, 2012

Ini Baru Strategi Politik Gampang Namanya.



Mulanya Nasrudin kata Hari Kekasih boleh disambut asalkan syarat-syarat tertentu dipatuhi. 

Kemudian tampil pula Nik Aziz mengumumkan Hari Kekasih akan ditukar kepada Hari Suami Isteri di Kelantan. 

Bila sedar kenyataan-kenyataan yang dibuat itu menimbulkan kritikan banyak pihak selain boleh menjahanamkan PAS sendiri...serta merta PAS tarik handbrake dan masuk gear reverse.

Hari-hari terakhir sebelum tarikh 14 febuari (hari ini) muncul, mereka kembali menjerit-jerit menentang Hari Kekasih diraikan.

Sudahnya mereka disergah oleh Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian PAS yang tak konsisten dan selain tak menepati kehendak DAP.

Selalunya untuk meredakan keadaan, PAS hanya tunduk diam dan tidak bersuara bila Karpal sudah naik hangin.

Malangnya Nik Abduh pula menggatal menyampuk dengan memberi nasihat kepada Pengerusi Kebangsaan DAP itu supaya belajar untuk menghormati agama lain.

Kerana kalut dan takut dengan kemarahan pemimpin agung DAP itu melarat, PAS perlu lakukan sesuatu. Tapi bagaimana dan apa caranya?

Kepada si Singh perlu ditunjukkan bukti bahawa PAS bukan menentang Hari Kekasih kerana suka-suka melainkan kerana patuh dengan keputusan yang telah dibuat oleh JAKIM yang memutuskan amalan menyambutnya adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Mengapa tiba-tiba PAS iktiraf dan akur dengan yang dah diputuskan kerajaan melalui JAKIM? Bukankah PAS selalunya menganggap keputusan kerajaan dan agensi-agensinya sentiasa tak boleh dipakai dan hanya layak diangap sebagai bahan lelucon?

Mudah untuk dibaca....

Yang mewujudkan JAKIM adalah UMNO dan JAKIM sendiri dibawah bidang kuasa seorang menteri dari UMNO.

Jadi PAS berharap....semoga kemarahan Karpal akan beralih arah kepada UMNO.

Tidak cukup gampangkah strategi politik ini?