Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Friday, February 24, 2012

Skrip Drama Politik Yang Membosankan.



Drama bersidang bawah pokok orang dah lupa.
Melakukan aksi kongkang dalam parlimen pun orang dah tak berapa ingat.

Karier politik dah semakin sejuk, penyokong dah makin kurang...populariti pun dah makin merudum.

Dan yang paling dirisaukan...DAP pun dah tak berapa sayang lagi. 

Jadi drama baru perlu dibuat.

Awal babak, Pemuda PAS Perak menyeru diadakan debat diantara pemimpin UMNO dan pemimpin PAS di Perak.

Sasaran Pemuda PAS adalah Dr. Zamry.

Dan dalam babak seterusnya, Nizar pun muncul membawa watak hero menyahut seruan Pemuda PAS itu.

Skrip basi pun dibaca
“Saya sedia debat pada bila-bila masa sahaja dan saya harap dapat direalisasikan sebelum PRU13". 
"Saya berharap perdebatan ini diadakan di tempat terbuka supaya rakyat dapat menghadirinya seterusnya menilai aspirasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Rasanya lebih baik disiarkan secara langsung di TV".
Kemudian tunggu dan lihat respon Dr. Zamry. Kalau Dr Zamry tak layan...Nizar pergi pula pada babak kedua.

Nizar akan pukul canang merata-rata kata Dr Zamry bacul, penakut dan tak berani berdebat dengannya. 

Nanti Nizar akan kata, dia berani kerana berada dipihak yang benar...Dr Zamry pula takut kerana berada dipihak yang salah.

Bila itu berlaku, penonton totok yang taksub dengan lakonan Nizar pun akan teruja. Watak hero Nizar akan mereka kagumi. Manakala Dr Zamry pulak akan mereka caci.

Pada Nizar, please la....tolong lah cari skrip lain. 

Nampak buruk dan bodoh sangatlah berlakon dalam drama yang bermutu rendah dan tak berkualiti macam ni.