Hebat!
Kali ini digunakan pula nama sumbangan untuk dana akhirat bagi menarik duit keluar dari poket ahli dan penyokong totok.
Apa-apa pun ini memang tabiat PAS dari dulu. Mereka gunakan bermacam trick dan helah untuk menyakau duit. Tapi kebiasaannya perkataan pahala dan janji akan mendapat faedah diakhirat kelak adalah yang paling popular digunakan.
Pendek kata namanya sahaja yang ditukar-tukar. Tabung jihad lah...saham akhirat lah...dana pahala lah dan entah apa-apa lagi.
Tapi matlamatnya tetap satu, sakau duit ahli dan pengikut totok sebanyak yang mungkin. Lagi banyak dapat sakau lagi bagus.
Hasilnya tak tahu lagi dilaburkan kemana atau digunakan untuk apa.
Kalau digunakan untuk menganjurkan ceramah-ceramah politik yang penuh dengan maki hamun dan fitnah atau yang sewaktu dengannya...maka memang confirm lah yang menyakau dan yang kena sakau akan mendapat 'dana' yang setimpal diakhirat nanti.