Tadi Khalid Samad atau gelaran manjanya bapak parasit datang berceramah di Semenyih. Lokasinya di Dewan Haji Mat Silin Beranang.
Kedatangan bapak parasit sudah diwar-warkan lama sebelum itu.
Harapannya...nanti biarlah orang yang datang akan melimpah ruah sampai keluar dewan. Baru lah nampak gah dan berjaya.
Tapi kasihan...hajat bapak parasit tak kesampaian. Yang 'berbondong-bondong' datang mendengar ceramahnya hanyalah sekitar 50 orang.
Itu pun nasib baik si Arul, calon Pakatan Rakyat Dun Semenyih yang tumbang ditangan YB Johan pada PRU12 turut serta bersama penyokong-penyokong tegarnya.
Kalau tidak terpaksalah bapak parasit berceramah sekadar dihadapan 7-8 orang ahli partinya.
Pada bapak parasit....sila cuba lagi dilain masa.