Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, February 18, 2012

Benarkah Kini Kelantan Sudah Teramat Maju?

Ada sebuah blog pro peliwat, ultra rasis dan ulamak politik yang nampaknya teramat-amat terdesak mahu membuktikan Kelantan sudah maju.

Horas! tak perasan apa nama blognya. Yang Horas! perasan ada gambar dibawah ini dalam blog tersebut.


Horas! mulanya tak kisah pun apa yang mahu dia tulis dan sampaikan pasal kemajuan di Kelantan itu. Suka hati dan lantak dialah.

Tapi bila diamat-amati fakta dan bukti yang dikemukakan...perasaan Horas! jadi berbaur. Ada rasa lucu...dan ada rasa kasihan.

Lucu kerana dia bersungguh-sungguh mengatakan Kelantan sudah teramat maju hanya kerana beberapa unit premis perniagaan Kentucky Fried Chicken (KFC) telah dan sedang dibina....

                                           KFC & Pizza Kok Lanas                                            KFC Kota Bharu.

Juga teramat-amat maju kerana beberapa kompleks/premis perniagaan, sebuah pasar dan sebuah medan selera seperti dalam gambar dibawah ini telah berjaya disiapkan dan ada yang sedang dibina....

                    kompleks perniagaan                           pasar                                             medan selera                     

Oh ya!...sebelum Horas! terlupa blog itu turut menjadikan sebuah pasaraya Mydin (yang selalu dikutuk dan dikondem Pakatan Haprak kerana KR1Mnya) yang masih diperingkat awal pembinaannya adalah juga bukti bahawa Kelantan sedang mengalami kemajuan yang pesat yang tiada tandingannya.


Jangan tak tahu, kerja-kerja mengubahsuai untuk membesarkan sebuah hotel juga turut ditakrifkan sebagai sebuah kemajuan yang hebat :)  ............


Setujukah rakan-rakan pembaca sekalian dengan dakwaan blog terbabit bahawa apa yang terdapat dalam gambar-gambar diatas adalah bukti bahawa Kelantan kini sudah maju mengatasi negeri-negeri lain yang ada di Malaysia?

Fikir-fikirkan lah...

Kalau sekadar berjaya membangunkan beberapa premis perniagaan, pasar, medan selera, pasaraya Myden dan KFC dijadikan penanda aras bahawa Kelantan sudah maju, maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan cara berfikir juak PAS.

Baiklah, bab lucu sudah habis, sekarang kita masuk kepada bab kasihan pula.

Tang mana yang kasihannya?

Horas! kasihan kerana bila sudah tiada lagi modal yang boleh ditunjukkan sebagai bukti kononnya Kelantan sudah mencanak-canak maju, blog tersebut terpaksa selitkan juga kemajuan yang dibawa oleh kerajaan pusat yang diterajui UMNO.

Ini antara kemajuan yang dibawa oleh kerajaan pusat di Kelantan walaupun teruk dikutuk, dimaki hamun dan dikondem macam nak gila oleh PAS (termasuk blog terbabit).

 Pembesaran HUSM untuk kemudahan rakyat Kelantan (termasuk untuk kemudahan penyokong2 tegar PAS)


 Pembesaran HRPZ untuk kemudahan rakyat Kelantan (sekali lagi termasuk untuk kemudahan penyokong2 tegar PAS)


Projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai kemudahan untuk rakyat dan serta penyokong tegar PAS menggunakan kemudahan pengangkutan udara keluar dan masuk ke Kelantan

Wisma PERKESO yang kewujudannya mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan (termasuk memberi peluang pekerjaan untuk penyokong tegar PAS)

Walau bagaimanapun, memandangkan Horas! bukanlah seorang blogger yang hipokrit dan tidak jahat seperti blogger-blogger pro PR yang tetap akan menghentam walaupun sesuatu yang dilaksanakan oleh UMNO dan kerajaan adalah baik...jadi Horas! kena akui...ada juga antara projek-projek kerajaan PAS Kelantan yang boleh memajukan negeri tersebut dalam sektor pelancongan.

Contohnya seperti pembinaan beberapa buah hotel. Walaupun ada diantaranya masih lagi sekadar diperingkat perancangan namun sekiranya jadi kenyatan ianya akan memberi banyak peluang pekerjaan dan juga peluang untuk rakyat Kelantan yang sememangnya gemar berniaga menjana ekonomi dalam sektor tersebut.


Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan jumlah rakyat Kelantan yang terpaksa berhijrah kenegeri-negeri lain bagi mencari rezeki.

Tapi sebelum sebarang kempen menarik pelancong datang ke negeri Kelantan diadakan secara besar-besaran, pastikan dulu masalah sampah sarap dan masalah air paip kotor yang dah berdekad tak dapat diselesaikan itu diatasi terlebih dahulu.

Jadi tidaklah pelancong yang datang berkunjung nanti akan disambut dengan 'hiasan' sampah sampah-sarap busuk yang bertimbun dan air paip yang lebih kurang macam air kopi warnanya.

Buruk benar rupanya kalau begitu keadaan di 'Serambi Mekah' dan 'Bandaraya Islam'. 

Tak gitu?