Dulu PAS kata kalau mengundi Anwar ibarat menempah bilik di neraka.
Oleh kerana Anwar sekarang sudah bersama-sama dengan mereka, walaupun Anwar seorang peliwat tegar...walaupun Anwar seorang penzina yang gemar melanggan pelacur, mengundi Anwar kini ibarat menempah banglo di syurga.
Abg Mat pula dikatakan HANYA BERKHALWAT. Pada PAS menghampiri zina dengan berkhalwat bersama seorang perempuan, apatah lagi yang bersuami itu tidak mengapa dan seolah-olah hanya satu kesalahan kecil yang tidak akan mendatangkan apa-apa dosa.
Tapi tonasi mereka pasti akan segera berubah kalau yang ditangkap berkhalwat itu seorang pemimpin UMNO atau BN. Hukum itu dan ini akan mereka jatuhkan. Petikan ayat Al-Quran dan hadis akan mereka jadikan dalil dan penguat hujah.
Lihat saja bagaimana mereka menjerit-jerit mempertikaikan moral Chua Soi Lek yang bukan beragama Islam. Mereka kutuk MCA kerana mengangkat manusia tak bermoral sebagai pemimpin. Tapi mereka lupa mahu melihat dan menilai diri sendiri.
Berbezakah mereka dengan MCA,?
Sedangkan mereka juga mengangkat manusia-manusia yang tidak bermoral sebagai pemimpin yang dihormati dan diagung-agungkan?
Juga jangan lupa, suatu ketika dulu Muslimah-Muslimah mereka turut menangis sayu dan hiba kerana mempertahankan perbuatan tidak bermoral Eli Wong yang hidup bersekedudukan dengan kekasihnya yang beragama Islam.
Pernah mereka mempertikaikan moral Eli Wong dan kekasihnya yang juga ahli PKR itu? Sesekali tidak.
Juga jangan lupa, suatu ketika dulu Muslimah-Muslimah mereka turut menangis sayu dan hiba kerana mempertahankan perbuatan tidak bermoral Eli Wong yang hidup bersekedudukan dengan kekasihnya yang beragama Islam.
Pernah mereka mempertikaikan moral Eli Wong dan kekasihnya yang juga ahli PKR itu? Sesekali tidak.
Seekor sesumpah berubah warna sekadar kerana mahu menjaga keselamatan dirinya. Atau dalam erti kata lain, sang sesumpah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT itu benar-benar untuk kebaikan dirinya sendiri.
Tapi PAS berubah kerana kegelojohan mahu berkuasa dan lebih buruk lagi, PAS sanggup pula lacurkan agama Islam dan Al-Quran yang Allah SWT kurniakan untuk kebaikan umat manusia.
Bukankah itu menunjukkan sang sesumpah lebih mulia dari PAS?
Percayalah...PAS akan terus berubah dan berubah bagi memenuhi nafsu serakah ingin berkuasa.
Buktinya sudah ada terlalu banyak didepan mata kita.