Susah nak baca?
Tak mengapa...Horas! tuliskan apa isinya dibawah ini.
18 Februari 2012
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,
Salam Sejahtera,
Upacara mengambil 'Aarathi' merupakan satu istiadat yang diamalkan oleh Kaum India sejak turun temurun. Adat ini mempunyai maksud saintifik dan sehingga kini masih diamalkan oleh Kaum India di seluruh dunia.
Oleh yang demikian, Malaysia Hindu Sangam ingin menegasakan bahawa mengambil 'Aarathi' merupakan satu upacara tradisi dan tidak patut dikaitkan dengan agama. Malah upacara ini diamalkan untuk menyambut pengantin-pengantin baru, kelahiran anak, menyambut orang-orang kebesaran dan juga pelbagai upacara mulia.
Sekian,
Salam Satu Malaysia.
SALAM SATU MALAYSIA
tandatangan
RS MOHAN SHAN PRESIDEN
MALAYSIA HINDU SANGAM
Surat diatas ketika ini sedang galak dijaja dan digunakan oleh penyokong-penyokong tegar PR untuk membuktikan apa yang dilakukan Anwar semasa meraikan sambutan perayaan Ponggal di Kuil Sri Maha tempohari tidak salah dan tidak bertentangan dengan hukum agama Islam.
Mereka dah terdesak sangat nampaknya.
Perlu diingat! yang jadi isu bukanlah samada upacara yang disertai oleh Anwar itu soal berkaitan budaya, tradisi atau agama Hindu.
Yang jadi persoalan utama dan dipertikaikan ialah samada apa yang telah dilakukan oleh Anwar itu telah melanggar hukum dan batas-batas agama Islam atau tidak.
Atau dalam bahasa mudahnya, yang dipersoalkan bukan upacara...tapi tingkah laku dan perbuatan Anwar sendiri yang turut serta meraikannya.
Oleh itu, menjadikan pencerahan dari presiden Persatuan Hindu Sangam itu dalam hal yang berkaitan akidah dan iman seorang Islam bukanlah sesuatu yang wajar dan langsung tidak kena dengan tempatnya.
Jadi kepada penyokong-penyokong tegar PR sekalian...sila cari hujah lain.