Bila Mat Sabu atau Mahfuz bercakap dan berhujah sebaris dua ayat tentang ekonomi, serta merta PAS akan anggap ianya benar dan tepat. Dan tanpa bertangguh akan dipersetujui serta disokong 100%.
Walhal Mat Sabu dan Mahfuz bukanlah terdidik atau mahir dalam ilmu ekonomi pun.
Begitu juga halnya bila Fuziah Salleh bercakap pasal nuklear, maka akan melopong dan menganga mulut ahlul PAS mendengarnya.
Pengetahuan ciput yb dari PKR itu akan PAS iktiraf dan kata-katanya juga akan diangkat sehingga ketahap tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.
Tapi bila Dr Che Rosli Che Mat yang terdidik sehingga bergelar saintis dalam bidang sains nuklear bercakap dan berhujah panjang lebar tentang isu Lynas yang dijaja Fuziah, mereka anggap pula ianya kelentong semata-mata.
Ilmu dan hujah Dr Che Rosli mereka perlekeh dan jadikan bahan tawa.
Malah dengan sinis dan sombong, ada kepimpinan tertinggi PAS yang meminta loji Lynas itu dipindahkan kebelakang rumah Dr Che Rosli sendiri. Klik disini.
Apa buktinya PAS perlekeh, pandang remeh dan tidak iktiraf pandangan dan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh ahli parlimen Hulu Langat yang juga seorang saintis dalam bidang nuklear itu?
Ini dia...
Persoalannya.....
Mengapa PAS tidak iktiraf pandangan Dr Che Rosli? Sedangkan ilmunya diperakui dan beliau adalah dikalangan pemimpin PAS sendiri?
Jawapannya kerana Dr Che Rosli berani berkata benar walaupun pahit. Satu prinsip mulia yang amat digalakkan oleh Islam tapi amat tidak digemari oleh PAS dalam percaturan dan kaedah politik mereka meraih sokongan rakyat.
Kasihan Dr Che Rosli...
Bersungguh-sungguh benar dia mengeluarkan fakta dan bukti mengatakan loji memproses nadir bumi Lynas itu tidak merbahaya atau boleh mendatangkan kemudaratan kepada penduduk disekitarnya berdasarkan ilmu serta pengetahuan yang dimilikinya......
...tapi cakap kosong lagi merapu Fuziah juga yang dijunjung dan dipandang PAS.