Hanya kerana mengkritik bai'ah celaka dunia akhirat yang dicipta semata-mata untuk kepentingan politik PAS, Tun Mahathir dituduh oleh Raja Ahmad Al-Hiss sebagai seorang yang jahil agama dan perlu diberikan pengajian khas.
Pada sesiapa yang menyayangi, menghormati dan menghargai jasa-jasa Tun Mahathir selama ini, harap janganlah berkecil hati atau merasa marah dengan kenyataan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu.
Bukankah perangai buruk suka menuduh orang lain jahil dan hanya menganggap diri mereka sahaja yang serba faham tentang agama Islam memang sudah menjadi sifat semulajadi PAS. Jadi apa yang nak dihairankan?
Anggaplah itu sekadar kenyataan dari seekor seorang budak mentah yang bengong. Yang ghairah mahu menunjukkan kehebatannya berpolitik pada rakan-rakan dan pemimpin-pemimpin partinya.
Lagi pun siapalah umat Islam yang lain dimata PAS jika mahu dibandingkan dengan dua 'ulamak' ciptaan mereka dalam video dibawah ini....