Banyak pihak yang mempertikaikan tindakan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menukar meter air lama pelanggannya dengan meter air baru jenama 'Smart Meter'.
Alasannya, walaupun kadar penggunaan air adalah sama, namun meter air yang baru itu mencatatkan bacaan kuantiti penggunaan yang lebih tinggi berbanding meter lama.
Selain itu, 'Smart Meter' itu juga dikatakan mudah rosak.
Tapi Horas! tidak bersetuju dengan kedua-dua alasan tersebut.
Mana mungkin kerajaan Kelantan melalui AKSB sanggup membazir wang sebanyak RM 11 juta bagi menggantikan meter air yang lama dengan meter air baru jenama 'Smart Meter' kalau ianya tidak memberi faedah kepada rakyat.
Mustahil kerajaan PAS dan pihak pengurusan tertinggi AKSB sepandir itu!
Takkan lah PAS sanggup menganiaya majoriti rakyat yang telah memberi mandat dan kepercayaan kepada mereka untuk mentadbir negeri berkenaan selama lebih 20 tahun.
Maaflah, kali ini Horas! amat tidak bersetuju dengan tindakan segelintir blogger pro UMNO dan BN yang mengkritik pendekatan AKSB menggunakan meter air jenama 'Smart Meter' itu.
Horas! ada terjumpa tentang 'kelebihan' menggunakan meter air canggih berkenaan diinternet. Dan kelebihan itu tidak dapat dinikmati oleh rakyat negeri lain melainkan di Kelantan.
Tonton video dibawah dan lihat betapa canggihnya meter pintar tersebut bertindak dan berfungsi menjadikan air paip di Kelantan bukan sekadar air biasa.
Nah!...bukti sudah ada didepan mata. Masih lagi mahu menuduh kerajaan PAS Kelantan melalui AKSB sengaja membazirkan RM11 juta untuk sesuatu yang tak berfaedah?
Air kopi keluar dari paip tu beb!....hebatttt. Kalau mahu yang sejuk, tinggal tambah ketulan ais sahaja. UMNO/BN boleh buat macam tu? kirim salam lah!
Kalau rakan-rakan pembaca sekalian mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang 'Smart Meter' yang digunakan oleh AKSB berkenaan, boleh klik disini.