PAS selalu menuduh dan menjaja keseluruh ceruk rantau alam mengatakan UMNO sekular.
Kata mereka perjuangan UMNO berteras dan berpandukan fahaman sekular yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Atartuk di Turki.
Kata mereka perjuangan UMNO berteras dan berpandukan fahaman sekular yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Atartuk di Turki.
Tapi bila diminta nyatakan dimana sekularnya UMNO, mereka hanya terkebil-kebil biji mata macam katak disembur air. Langsung tak boleh nak jawab.
Kalau tak percaya, cubalah tanya jika saudara pembaca sekalian terserempak dengan mana-mana lebai hijau ini dan tanyakan bukti atau fakta yang mereka ada bahawa UMNO itu sekular. Pasti mereka tak akan mampu menjawabnya dengan hujah-hujah yang benar melainkan membelit dan memutar kesana sini.

Sebenarnya puak-puak karat hijau ni tak tahu apa-apa. Mereka tak ubah macam kena ilmu pukau. Apa saja yang tok guru politik mereka cakap, mereka terima dan telan bulat-bulat tanpa dakwa dakwi
Otak mereka, baik yang disebelah kiri mahu pun kanan langsung tak berfungsi. Mandul semandul mandulnya.
Tiada langsung istilah untuk berfikir dan mengkaji kebenaran sesuatu perkara terlebih dahulu. Asalkan ianya melibatkan UMNO dan keluar pula dari mulut tok guru politik mereka, ianya terus dianggap betul 100% dan akan dizikir serta diratibkan setiap hari.

Maka jadilah mereka seperti burung kakak tua yang akan akan terus mengulang-ngulang kata-kata si tok guru politik mereka itu sampai kiamat.
Betul atau tidak, mereka tak peduli. Apa kesannya pun mereka tak mahu ambik tahu.
Yang penting ulang...ulang...dan ulang. Biar masyarakat terpengaruh dan akhirnya membenci UMNO.
Betul atau tidak, mereka tak peduli. Apa kesannya pun mereka tak mahu ambik tahu.
Yang penting ulang...ulang...dan ulang. Biar masyarakat terpengaruh dan akhirnya membenci UMNO.
Apabila misi menimbulkan rasa benci masyarakat pada UMNO sudah berhasil, maka itu akan menjadi inzal yang tak terkira nikmatnya pada puak-puak PAS ini. Tidur malam mereka akan jadi nyenyak dan lena.
Pada puak-puak PAS yang selama ini bermulut jahat menuduh UMNO berkiblatkan sekular, sila lihat dan nilai perkara-perkara dibawah. Harap-harap minda anda sekalian terbuka sedikit dan tahap kebekuan serta pengecutan otak tu dapat dikurangkan.
Kalau anda semua nak tahu, pendekatan sekular yang diamalkan oleh Mustafa Kamal Atartuk semasa memerintah Turki antaranya adalah seperti berikut :-
1. Perempuan boleh memakai tudung. Tapi dalam masa yang sama hendaklah memakai skirt atau ROK.
2. Tiada halangan jika mahu meminum arak secara terbuka.
3. Mengarahkan bacaan Al-Quran dan seruan azan ditukar kedalam bahasa Turki.
4. Azan tidak boleh dilaungkan dengan sewenang-wenangnya, begitu juga dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
5. Menggalakkan rakyat untuk meminimumkan amalan agama atas alasan untuk mencapai kemajuan dan kemodenan.
6. Agama Islam tidak diangkat sebagai agama rasmi negara. Selain semua agama dianggap sama.
7. Rakyat yang beragama Islam diberi kebebasan untuk menukar agama dan menganut agama lain. Tiada sebarang sekatan dan larangan dilakukan.
8. Undang-undang nikah atau perkahwinan berpandukan undang-undang yang dicipta oleh Barat.
9. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium selain mengarahkan sesetengah masjid ditutup atau dijadikan gereja.
10. Mengurangkan dan menyekat pembinaan masjid kerana tidak mahu menggalakkan rakyat bersembahyang jemaah.
11. Sistem wakaf yang dipraktikkan oleh Islam tidak ditolak dan tidak diamalkan.
12. Tiada penjagaan kebajikan anak yatim serta fakir miskin yang memerlukan bantuan.
13. Undang-undang faraid, pusaka dan hak waris secara Islam juga dihapuskan secara total.
14. Majlis-majlis atau sambutan perayaan suci Islam tidak boleh disambut atau diadakan manakala penggunaan kalendar Islam turut dihapuskan.
Jadi tentang mana yang sekularnya UMNO seperti yang tidak henti-henti dipekik dan dilolongkan PAS itu?
Adakah UMNO mengamalkan perkara-perkara seperti diatas dalam urusan pentadbiran yang diparaktikkan dinegara ini? Bukankah UMNO yang selama ini menjaga dan mempertahankan kesucian agama Islam di Malaysia ini?

Dalam perlembagaan UMNO sendiri pun ada menyebut akan sentiasa berusaha untuk menegakkan, mempertahan dan mengembangkan agama Islam.
Dibawah teraju UMNO, umat Islam di negara ini dapat mengamal suruhan agama dengan bebas, terbuka dan tanpa sebarang sekatan. Beribadatlah selagi terdaya...tiada siapa yang halang.
Jadi mengapa masih mahu menuduh dan memfitnah UMNO sekular?
Jadi mengapa masih mahu menuduh dan memfitnah UMNO sekular?
Mungkin ada serba sedikit terkurang disana sini. Tapi ianya sentiasa diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa kesemasa. Maklum lah, UMNO tak semaksum PAS yang telah dijanjikan syurga dan serba-serbinya sempurna belaka.
Kalau nak harap PAS yang jaga Islam dinegara ini, kirim salam lah.
Masjid tak mahu bina...
Pluralisma atau menganggap semua agama adalah sama gagasan Anwar Ibrahim disokongnya...
Ambiga yang menyokong umat Islam murtad dipertahankan...
Seks bebas, seks sejenis dan seks luar tabiie yang cuba dipularkan dinegara ini oleh Ambiga PAS tutup mata...
Dan yang paling celaka, nama Allah pun PAS tak kisah dilelong.

Sebelum nak buat fitnah tu, berfikir dan berpada-pada lah sedikit wahai puak-puak PAS. Janganlah ikut sedap mulut mahu bercakap apa saja..
Kalau bercakap soal agama bukan main hebat. Cukup dan lengkap dengan rujukan ayat Al-Quran, hadis, nas dan dalilnya.
Tapi mulut..na'uzubillah!.......
jahat dan langsung tak terjaga.
Kalau bercakap soal agama bukan main hebat. Cukup dan lengkap dengan rujukan ayat Al-Quran, hadis, nas dan dalilnya.
Tapi mulut..na'uzubillah!.......
jahat dan langsung tak terjaga.