Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, February 8, 2012

Papan Tanda Banyak, Tapi Rantingnya Tiada...



Jika dilihat kebelakangan ini, semakin banyak terpacak papan-papan tanda yang tertera nama-nama ranting (cawangan) PKR ditepi-tepi jalan utama disekitar Hulu Langat.

Jika difikirkan secara sepintas lalu, mungkin boleh dibuat andaian yang PKR semakin kukuh kedudukannya dan semakin diterima oleh warga Hulu Langat. Jika tidak masakan semakin banyak papan-papan tanda ranting ini muncul terpacak.

Tapi selepas diselidik, rupanya tidak ada pun ranting-ranting PKR yang wujud ditempat papan-papan tanda tersebut dipasang. Yang wujud hanya 3-4 orang penyokong tegarnya. 

Sebenarnya tujuan papan tanda tersebut dipasang hanyalah sekadar untuk mengaburi mata dan fikiran warga Hulu Langat kononnya PKR semakin kuat pengaruhnya.

Ianya tidak lebih dari sekadar satu perang saraf PKR.

Hakikat sebenarnya, PKR semakin lemah dan hilang pengaruh di Hulu Langat. Ditambah pula dengan wujudnya hubungan dingin dan perasaan tidak puas hati dikalangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PR (PKR dan PAS)....ibarat retak menanti belah.

Puncanya hanya kerana isu projek dan kerja-kerja kontrak di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). PAS kata banyak projek-projek di MPKj disapu bersih oleh puak-puak PKR. Puak-puak PKR nafikan dan tuduh pula PAS iri hati dan tamak haloba.

Sedangkan yang untung besar sebenarnya adalah DAP.

Hal ini diakui sendiri oleh sumber-sumber yang Horas! boleh percayai...yang terdiri dari kalangan jentera Pakatan Rakyat yang dahulunya bertungkus lumus bekerja menghadapi PRU12 tapi kini kecewa kerana disisihkan oleh pemimpin mereka sendiri. 

Apa pun, Horas! amat besimpati pada PAS Hulu Langat, Semasa PRU12 dulu jentera mereka bermati-matian dan bersungguh-sungguh membantu kempen PKR . Tapi bila PR dapat menerajui negeri Selangor, PKR terus sepak PAS ketepi.

Habis madu PAS terus dibuang kedalam longkang.

Apa pun, daripada PKR membazir dan membuang duit menegakkan papan-papan tanda dikawasan yang rantingnya tidak wujud sama sekali, ada baiknya duit tersebut disedekahkan kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin atau pada mana-mana pihak yang memerlukan.

Buat apa nak membazir tak menentu arah sebegitu.