Allahyarham Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz telah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 3.50 petang tadi di Hospital Serdang.
Jenazah Allahyarham telah dibawa balik kekediaman keluarganya di No.12, Jalan 2/1 G, Bandar Baru Bangi dan akan dikebumikan esok.
Alahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen Hulu Langat selama dua penggal (1995-1999 dan 2000-2004). Allahyarham kemudiannya bersara dari dunia politik selepas itu.
Semoga roh Allahyarham dicucuri dengan rahmat oleh Allah SWT.